Harian Metro

RUMAH IMPIAN TENGAH KOTA

- Hafiz Ithnin hafizithni­n@ mediaprima.com.my

 Uda Holdings lancar dua projek kediaman mampu milik Legasi Kampong Bharu, Ipoh Waqf Centre tahun ini

Uda Holdings Bhd (Uda Holdings) akan menawarkan rumah mampu milik dengan harga jualan bermula dari RM300,000 untuk dua projek iaitu Legasi Kampong Bharu dan Ipoh Waqf Centre yang bakal dilancarka­n pada tahun ini.

Dua projek berkenaan adalah sebahagian daripada lima projek hartanah kediaman bakal dilancarka­n Uda Holdings secara berperingk­at yang mempunyai nilai pembanguna­n kasar (GDV) RM500 juta, ia sekali gus dapat memacu nilai jualan antara RM500 juta dan RM600 juta menjelang akhir tahun ini.

Pengarah Urusan Kumpulanny­a Datuk Ahmad Abu Bakar berkata, Legasi Kampong Bharu terdiri daripada 639 kediaman di bangunan 43 tingkat dan ia adalah salah satu daripada inisiatif tanggungja­wab korporat (CSR) syarikatny­a untuk menyediaka­n perumahan mampu milik kepada pembeli yang layak.

Beliau berkata, Legasi Kampong Bharu menjadi mercu tanda baru kepada rakyat untuk memiliki rumah impian mereka terutama di tengah pusat bandar dan ia berada di dalam kawasan Greater KL serta mempunyai akses baik ke jaringan Lebuhraya AKLEH.

“Lokasi projek ini yang terletak di tengah bandar Kuala Lumpur dapat memberikan satu petunjuk mudah bahawa pembeli akan menikmati peningkata­n nilaian hartanah mereka selepas projek ini siap kelak.

“Malah, sejumlah 30 peratus daripada unit akan dibangunka­n sebagai rumah mampu milik yang akan ditawarkan kepada pembeli yang layak. Unit-unit mampu milik ini akan dijual pada RM300,000 seunit,” katanya, di sini.

Manakala, bagi projek pusat wakaf adalah projek pembanguna­n bercampur yang menyediaka­n sebuah blok pangsapuri 12 tingkat yang mengandung­i 144 unit pangsapuri, empat unit kedai serta sebuah bangunan komersial Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak.

Katanya, keluasan unit pangsapuri bermula dari 900 hingga 1,000 kaki persegi, dengan pakej harga RM288,000 ke atas, manakala keluasan unit kedai pula dalam lingkungan 900 hingga 1,360 kaki persegi dengan harga bermula dari RM315,000 ke atas.

“Keluasan tapak projek ini adalah 0.748 hektar, dengan GDV RM48.1 juta. Kami jangkakan pelancaran projek ini dijadualka­n pada Mei 2017 dan dijangka siap sepenuhnya pada Februari 2019,” katanya.

Selain daripada dua projek berkenaan, Uda Holdings dijangka bakal melancarka­n beberapa projek pada tahun ini seperti La Plateau, Bandar Tun Hussein Onn, Cheras; Kg Morten P1, Melaka; Rossa Terrace 3B, Johor dan Legasi Bertam.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai isu kesukaran pembeli mendapatka­n pembiayaan, beliau berkata, pihaknya amat memahami serta prihatin terhadap situasi berkenaan dan syarikatny­a turut mewujudkan beberapa pakej istimewa, malah rebat kepada bakal pembeli produk hartanah Uda.

“Antara lain, Uda Holdings turut memperkena­lkan Program Pemudah Cara Pemilikan Kediaman (Easy Home Ownership) kepada pembeli rumah pertama,” katanya.

 ??  ?? GAMBARAN Legasi Kampong Bharu yang bakal dilancarka­n Uda Holdings pada tahun ini.
GAMBARAN Legasi Kampong Bharu yang bakal dilancarka­n Uda Holdings pada tahun ini.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia