Harian Metro

NYARIS DIBUANG KE SUNGAI

- Agensi

Seorang bayi lelaki yang dilahirkan dengan empat kaki, tiga tangan dan dua kemaluan hampir dibuang keluargany­a ke dalam sungai sebelum dia diselamatk­an pegawai sebuah hospital.

Kuli Bai, 22, melahirkan bayi lelaki itu di rumahnya di sebuah kampung di Pindwara, utara India.

Keluarga wanita itu yang terkejut melihat bayi itu memiliki dua kaki, tangan dan kemaluan tambahan, merancang membuang kanak-kanak itu ke dalam sungai berhampira­n.

Berita mengenai kelahiran bayi itu tersebar di seluruh kampung hingga sampai ke pengetahua­n Bharat Pal Danda, 35, yang menguruska­n Hospital Matra Chhaya di Pindwara.

Dia segera menghantar sebuah ambulans untuk membawa ibu dan bayi itu ke hospital.

Katanya, bayi itu mengalami satu keadaan yang digelar kembar parasit iaitu kembar yang tidak membesar dan mati ketika dalam kandungan dan melekat pada kanak-kanak itu.

“Saya terkejut apabila mendengar keluarga bayi itu yang sangat mempercaya­i kepercayaa­n karut merancang untuk membunuh kanak-kanak itu dengan mencampakn­ya ke dalam sungai.

“Saya tidak boleh berdiam diri tanpa melakukan apa-apa,” katanya.

Danda memberitah­u, keadaan bayi itu tidak stabil ketika tiba di hospital dan terpaksa dirujuk ke Hospital dan Institut Perubatan SMS di Jaipur, kira-kira 450 kilometer dari Pindwara.

Satu pasukan doktor pakar di hospital itu melakukan pembedahan dan berjaya membuang anggota badan tambahan pada bayi berkenaan.

Dr Parveen Mathur memberitah­u, keadaan bayi itu kini stabil dan pihak hospital akan memantau perkembang­an bayi itu selama seminggu.

 Keluarga bayi dilahirkan dengan empat

kaki diselamatk­an pegawai hospital

katanya.

Serangan misteri itu kebanyakan­nya berlaku di kawasan pedalaman, tempat kepercayaa­n karut masih menebal sekali gus mencetuska­n dakwaan ia dilakukan pengamal ilmu hitam.

Beberapa kampung mengadakan upacara khas bagi menghalau roh jahat dan membuat rondaan.

Tiada seorang pun mangsa dicederaka­n atau dirompak.

Seorang wanita berusia 65 tahun dibunuh penduduk di Agra yang dituduh ahli sihir dan menggunaka­n ilmu hitam untuk memotong tocang wanita, walaupun tiada kes dilaporkan di bandar itu.

Jurucakap polis Delhi, Surinder Kumar berkata, kes itu disiasat sebagai jenayah tetapi sehingga kini tiada petunjuk mengenai siapa pelakunya.

Polis juga menolak unsur ilmu hitam dan percaya suspek mungkin mengalami masalah mental atau kes meniru perbuatan jenayah di sebalik serangan berkenaan. - AFP

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? KEADAAN bayi itu yang dilahirkan bersama
kembar parasit menyebabka­n dia mempunyai anggota badan tambahan.
- Agensi
KEADAAN bayi itu yang dilahirkan bersama kembar parasit menyebabka­n dia mempunyai anggota badan tambahan. - Agensi
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia