Harian Metro

Duterte luluskan pendidikan percuma

-

Manila: Presiden Filipina, Rodrigo Duterte menandatan­gani satu rang undang-undang yang mengecuali­kan yuran di semua universiti milik kerajaan, kata pegawai Kabinet semalam, walaupun pengurus ekonomi menolak langkah itu.

Timbalan setiausaha kanan eksekutif, Menardo Guevarra berkata, Duterte percaya kebaikan daripada undang-undang itu lebih besar berbanding cabaran bajet jangka pendek.

“Saya dengan rasa gembira mengumumka­n bahawa pada malam tadi (semalam) presiden menandatan­gani undang-undang itu.

“Pendidikan percuma di universiti dan kolej kerajaan adalah tiang atau batu asas dasar pembanguna­n sosial presiden,” katanya dalam satu sidang media semalam.

Pengurus ekonomi Duterte sebelum ini berkata, kerajaan tidak mampu menanggung kos pendidikan percuma yang dianggarka­n 100 bilion peso (RM8.52 bilion) setahun.

Kata mereka, yuran percuma di 112 universiti kerajaan dan kolej tidak memberi manfaat kepada golongan miskin kerana hanya 12 peratus pelajar di institusi itu terdiri daripada keluarga berpendapa­tan rendah.

Bagaimanap­un, senator Franklin Drilon berkata, langkah itu hanya memerlukan bajet 20 bilion peso (RM1.71 bilion) hingga 25 bilion peso (RM2.13 bilion) setahun, kurang daripada apa yang dianggarka­n pengurus ekonomi.

Ahli politik pembangkan­g juga memuji tindakan Duterte itu yang dianggapny­a sebagai kemenangan kepada golongan muda dan pelajar yang berjuang selama bertahun-tahun menuntut pendidikan percuma.

“Bagaimanap­un, ini tidak menjadikan Duterte sebagai suri teladan kepada golongan muda dan tidak menutup kesalahann­ya yang mempromosi­kan keganasan serta pembunuhan beramai-ramai,” kata wakil pembangkan­g, Tom Villarin.

Pentadbira­n Duterte merancang perbelanja­an infrastruk­tur berjumlah AS$180 bilion (RM15.35 bilion) hingga akhir penggal pemerintah­annya pada 2022. - Reuters

 ??  ?? DUTERTE
DUTERTE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia