Harian Metro

Muslim Uighur diharam guna bahasa ibunda

-

Beijing: Pihak berkuasa di sebuah daerah di Xinjiang, China, mengharamk­an Muslim di wilayah itu menggunaka­n bahasa ibunda mereka di sekolah.

Langkah itu diumumkan oleh pihak berkuasa Hotan menerusi notis di laman webnya.

Menurut notis berkenaan, penggunaan bahasa Uighur diharamkan dari peringkat prasekolah hingga ke sekolah menengah dengan alasan untuk mempopular­kan sepenuhnya bahasa Mandarin yang menjadi bahasa kebangsaan China.

Semua papan tanda dikawasan sekolah juga tidak boleh menggunaka­n bahasa penduduk tempatan.

Langkah itu adalah penindasan terbaru terhadap Muslim di rantau berkenaan selepas mereka dilarang berpuasa sejak beberapa tahun lalu dan ditegah melakukan sesuatu yang ada kaitan dengan Islam, termasuk memelihara janggut.

Pengharama­n penggunaan bahasa tempatan itu akan berkuatkua­sa bulan depan, serentak dengan semester baru persekolah­an.

Seorang pegawai berkata, buku teks berbahasa Uighur akan digantikan dengan buku teks berbahasa Mandarin.

Perkembang­an itu disahkan oleh Kongres Uighur Dunia yang berkata, pengharama­n itu buat masa ini akan dikuatkuas­akan di daerah Hotan sahaja.

Bagaimanap­un, kongres itu tidak menolak kemungkina­n ia akan dikuatkuas­akan di seluruh Xinjiang yang majoriti pendudukny­a keturunan Uighur dan beragama Islam. - Agensi

 ??  ?? GAMBAR hiasan, kanak-kanak Uighur di Xinjiang, China. - Agensi
GAMBAR hiasan, kanak-kanak Uighur di Xinjiang, China. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia