Harian Metro

Wanita boleh berbikini di Arab Saudi?

- Agensi

Riyadh: Arab Saudi baru-baru ini melancarka­n pelan untuk membangunk­an sebahagian pantai barat negaranya menjadi pusat peranginan Laut Merah.

Projek itu akan membongkar potensi pantai sepanjang 200 kilometer dan 50 pulau batu karang dengan pembanguna­n hotel, kediaman mewah di satu zon pelanconga­n.

Pembinaan, termasuk sebuah lapangan terbang baru dijadual bermula 2019 sementara pusat peranginan itu akan ‘ditadbir menggunaka­n undang-undang yang setara dengan standard antarabang­sa,’ kata kerajaan Saudi.

Ini mungkin bermakna wanita akan dibenarkan mandi dan berjemur dengan hanya memakai bikini, sesuatu yang tidak pernah dilihat dan tidak pernah dijangka akan berlaku di negara tempat terletakny­a dua tempat paling suci umat Islam.

Pelan itu ialah sebahagian daripada projek Wawasan 2030 yang diketuai oleh Putera Mahkota Mohammed bin Salman dan dirancang untuk menamatkan penggantun­gan ekonomi Saudi pada minyak.

“Projek Laut Merah akan menjadi destinasi pelanconga­n mewah. Ia akan meletakkan standard baru bagi pembanguna­n lestari dan menempatka­n Arab Saudi dalam peta pelanconga­n antarabang­sa pada masa akan datang,” menurut kenyataan yang dikeluarka­n Tabung Pelaburan Awam (PIF) Saudi.

Untuk tujuan itu, sekatan terhadap visa pelancong akan dilonggark­an di zon itu walaupun setakat ini tidak jelas sama ada pengharama­n arak di kawasan itu juga akan ditarik balik.

Fasa pertama projek itu dijangka siap menjelang 2022 dengan jumlah pengunjung diramalkan mencecah sejuta setahun menjelang 2035.

Menurut Agensi Berita Saudi (SPA), PIF akan menyumbang modal awal sementara mencari rakan kongsi dalam kalangan syarikat utama dalam sektor pelanconga­n dan hospitalit­i. - Agensi

Ketegangan meningkat kembali di Myanmar selepas sekumpulan penduduk Buddha menyerang pemuda Muslim dan pada masa sama, golongan nasionalis yang diketuai sami Buddha mendirikan khemah di beberapa bandar utama negara itu minggu ini.

Walaupun penduduk minoriti Islam berdepan dengan keganasan dan tempat ibadah mereka ditutup secara paksa, sekumpulan nasionalis berkata, kerajaan Aung San Suu Kyi masih gagal mempertaha­nkan penduduk beragama Buddha negara itu.

Dalam kejadian awal pagi kelmarin, sekumpulan 30 orang bersenjata­kan kayu dan pedang memasuki kawasan kejiranan Muslim di Sakya New Sin di Mandalay.

Dua pemuda Islam cedera dalam serangan itu.

Bagaimanap­un, polis cuba melindungi perbuatan pelampau Buddha itu dengan berkata, ia pergaduhan biasa.

Namun, penduduk Mandalay berkata, kejadian itu mencetuska­n kebimbanga­n mengenai kemungkina­n berlaku keganasan seperti 2014 di kejiranan sama.

Mandalay dan beberapa Sebuah mahkamah semalam menjatuhka­n hukuman penjara tiga tahun ke atas 50 anggota polis selepas mendapati mereka bersalah kerana melancarka­n mogok awal tahun ini.

Anggota berpangkat rendah itu juga didenda 6,000 paun Mesir (RM1,410)

 ??  ?? SAMI Buddha dan aktivis nasionalis
Myanmar menunjuk perasaan membantah kerajaan berhampira­n pagoda Shwedagon di Yangon. Mereka
masih tidak puas hati walaupun penduduk Islam negara itu sudah ditindas
dan hidup melarat. - Reuters
SAMI Buddha dan aktivis nasionalis Myanmar menunjuk perasaan membantah kerajaan berhampira­n pagoda Shwedagon di Yangon. Mereka masih tidak puas hati walaupun penduduk Islam negara itu sudah ditindas dan hidup melarat. - Reuters
 ??  ?? GAMBAR hiasan, penduduk Saudi berkelah di pantai di Jeddah. - Agensi
GAMBAR hiasan, penduduk Saudi berkelah di pantai di Jeddah. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia