Harian Metro

DEBARAN JUFFERI

- Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@hmetro.com.my

 Jagoan silat itu akui gementar namun kembali tenang selepas

terima bantuan pegawai psikologi ISN

Meskipun berstatus juara dunia sebanyak tiga kali, pesilat negara Mohd Al Jufferi

(gambar kanan)

Jamari mengaku turut berdebar untuk turun beraksi di halaman sendiri pada saingan Sukan SEA Kuala Lumpur (KL2017) yang bakal berlangsun­g dua minggu lagi.

“Secara jujur, sejak beberapa minggu lalu saya berasa gementar.

“Perasaan itu semakin terasa sehingga saya terpaksa meminta bantuan daripada pegawai psikologi Institut Sukan Negara (ISN) dan sekarang ia bertambah baik.

“Pegawai itu menenangka­n saya dengan berkata saya pasti akan mendapat sokongan penuh daripada penyokong tuan rumah dan ia mengembali­kan keyakinan saya untuk meraih pingat emas,” katanya ketika ditemui selepas menyertai taklimat perhimpuna­n akhir kontinjen negara semalam.

Al Jufferi sedang berusaha mempertaha­nkan pingat emas bagi kategori 65kg 70kg yang dimenangin­ya sejak 2011 di Jakarta, Indonesia.

Bagaimanap­un, dia berkata, misi utamanya adalah untuk membantu Malaysia muncul juara keseluruha­n acara silat.

“Sasaran Persekutua­n Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) adalah untuk memenangi sekurang-kurangnya lapan emas tetapi saya yakin kami mampu memenangi lebih daripada itu.

“Sudah tentu saya sendiri mahu silat menjadi juara keseluruha­n di KL2017 kerana kami belum pernah meraih pencapaian itu,” katanya.

Sebanyak 20 pingat emas ditawarkan untuk acara silat yang akan berlangsun­g di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) bermula dari 24 hingga 29 Ogos.

“Kami mahu membalas dendam kerana hanya menduduki tangga ketiga kedudukan pingat apabila meraih tiga emas, dua perak dan tiga gangsa pada Sukan SEA Singapura dua tahun lalu.

“Saya yakin kami mempunyai potensi besar untuk muncul juara pada edisi kali ini,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia