Harian Metro

Sony ‘Kamera Rasmi KL2017’

- Aida Adilah Mat aida_adilah@hmetro.com.my

Putrajaya: Berbaki 14 hari menjelang penganjura­n Sukan SEA Kuala Lumpur ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9, jawatankua­sa Pengelola Malaysia (MASOC) terus mendapat kepercayaa­n syarikat korporat dan terbaru, Sony (Malaysia) Sdn Bhd hadir menjadi sebahagian daripada keluarga MASOC.

Sony buat julung kalinya tampil sebagai penaja emas membabitka­n kategori penajaan di antara RM3 hingga RM7.5 juta dan akan dikenali sebagai ‘Kamera Rasmi KL2017’.

Perjanjian penajaan itu disempurna­kan Ketua Pegawai Eksekutif Sekretaria­t MASOC, Datuk Seri Zolkples Embong bersama pengarah Urusan Sony Malaysia, Satoru Arai yang turut disaksikan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M Saravanan.

Selain kamera, penajaan Sony akan turut merangkumi wang tunai dan sokongan pemasaran untuk mempromosi­kan jenama Kl2017.

“Keputusan Sony menjadi penaja memberi peluang pemasaran yang luas sepanjang berlangsun­gnya KL2017.

“Ia sememangny­a satu pencapaian kepada Sony kerana setiap detik kemenangan, suka, duka dan setiap pengalaman yang dilalui di KL2017 kini dirakamkan secara rasmi oleh kamera yang dikeluarka­n syarikat itu,” kata Saravanan.

Bersempena penganjura­n temasya dwitahunan dan Para ASEAN itu, Sony akan meminjamka­n antara 30 hingga 50 kamera model a9 bagi kegunaan jurugambar rasmi KL2017.

Sementara itu, Saravanan turut memaklumka­n semua venue pertanding­an kini sudah bersedia untuk menganjurk­an temasya dwitahunan kali ke-29 itu.

Ia membuktika­n Malaysia sudah bersedia menjadi tuan rumah apabila segala kemudahan dapat disiapkan sebelum kejohanan.

Bagaimanap­un, bagi memastikan kelancaran pada hari pembukaan temasya, Saravanan menyaranka­n penonton yang hadir menggunaka­n kemudahan awam.

Sukan SEA akan membuka tirai penganjura­n dari 19 hingga 30 Ogos ini membabitka­n sejumlah 405 acara bagi 38 sukan dengan kedatangan atlet dari 10 buah negara Asean dan Timor Leste.

 ?? FOTO: OWEE AH CHUN ?? M SARAVANAN (tiga dari kiri) menyaksika­n penyerahan penajaan emas dari Satoru (dua dari kiri) kepada Zolkples di pejabat Kementeria­n Belia dan Sukan Putrajaya, semalam.
FOTO: OWEE AH CHUN M SARAVANAN (tiga dari kiri) menyaksika­n penyerahan penajaan emas dari Satoru (dua dari kiri) kepada Zolkples di pejabat Kementeria­n Belia dan Sukan Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia