Harian Metro

Tiada alasan ‘lambat panas’

- Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Alasan gugup serta lambat panas pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur (KL2017) tidak lagi mahu diterima ketua jurulatih skuad hoki wanita negara Muhammad Dhaarma Raj Abdullah.

Sebaliknya, pengendali berusia 47 tahun itu menegaskan barisan pemainnya sepatutnya tidak berdepan masalah seperti itu kerana sudah mempunyai pengalaman beraksi di pentas lebih tinggi.

Malaysian Tigress sebelum ini sering berdepan masalah lambat panas pada awal permainan terutamany­a ketika di Pusingan Kedua Liga Hoki Dunia di Kuala Lumpur, Januari lalu serta di Separuh Akhir Liga Hoki Dunia di Brussels, Belgium bulan lalu yang juga kempen kelayakan ke Piala Dunia 2018.

“Jika mereka masih mempunyai rasa gugup pada awal permainan itu adalah sesuatu yang tidak boleh diterima.

“Saya harap setiap pemain tidak melakukan perkara itu kerana ia hanya akan menimbulka­n masalah lebih besar,” kata Dhaarma.

Jelas Dhaarma, beliau mahu setiap barisan pemainnya kekal tenang dan sentiasa fokus dengan sasaran utama untuk memenangi pingat emas.

“Kita sepatutnya tidak berdepan masalah besar untuk memenangi pingat emas.

“Malah, persiapan ketika ini sebenarnya lebih terarah untuk menghadapi Piala Asia di Kakamigaha­ra, Jepun pada November.

“Apapun, seperti yang sering saya ingatkan sebelum ini, kita tidak boleh memandang rendah cabaran pihak lawan,” katanya.

Malaysia dijadual bertemu Indonesia pada perlawanan pertama 22 Ogos ini sebelum bertemu Singapura, Thailand dan Myanmar.

 ?? Dhaarma Raj Abdullah ?? Jika mereka masih mempunyai rasa gugup pada awal permainan itu adalah sesuatu yang tidak boleh diterima”
Dhaarma Raj Abdullah Jika mereka masih mempunyai rasa gugup pada awal permainan itu adalah sesuatu yang tidak boleh diterima”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia