Harian Metro

Teknologi baru untuk acara takraw

-

Putrajaya: Penganjura­n temasya Sukan SEA Kuala Lumpur buat pertama kali akan menggunaka­n teknologi terbaru dalam acara sepak takraw untuk membantu memperkuat­kan mutu pengadilan.

Teknologi itu dijangka meningkatk­an kualiti sistem pengadilan namun khidmat pegawai teknikal masih diperlukan.

Ketua Pegawai Eksekutif Sekretaria­t Jawatankua­sa Pengelola Malaysia (MASOC), Datuk Seri Zolkples Embong

memaklumka­n, ia adalah pendekatan terbaru dan kali pertama diguna pada temasya kali ini.

Mengulas mengenai teknologi itu, Zolkples menegaskan ia hampir sama dengan Hawk Eye namun menggunaka­n perincian yang lebih terperinci dari segi penggunaan video.

“Hawk Eye hanya akan menentukan sama ada bola keluar atau masuk. Tapi, dalam

(gambar)

sepak takraw, ia agak berbeza. Pihak lawan boleh mencabar keputusan membabitka­n hadangan, libasan dan sebagainya.

“Kita cuba memperkena­lkan teknologi baru ini dengan penggunaan lebih banyak kamera. Bagaimanap­un, penilaian pegawai teknikal masih diperlukan kerana ada kalanya teknologi ini juga sukar untuk memutuskan keputusan yang akhirnya akan berbalik semula kepada pegawai untuk memutuskan,” katanya.

Sementara itu, Zolkples yang ditemui pada Majlis Penajaan Sony (Malaysia) Sdn Bhd sempena temasya Sukan SEA dan Para ASEAN berkata, sebanyak 70 peratus tiket untuk upacara perasmian Sukan SEA, pada 19 Ogos ini sudah habis dijual.

“Stadium Nasional boleh memuatkan lebih 80,000 penonton, tapi penganjur perlu menyediaka­n tempat duduk untuk jemputan, anggota Persekutua­n Sukan SEA (SEAGF), kontinjen dan sebagainya.

“Jadi, saya harap orang ramai yang ingin menyaksika­n perasmian ini agar segera membeli tiket dan jangan tunggu pada minit terakhir untuk mengelakka­n harga yang lebih tinggi jika dibeli di pasaran gelap.

“Saya berani menjanjika­n satu majlis perasmian yang tidak pernah dilihat sebelum ini,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia