Harian Metro

BEG TANGAN PILIHAN HATI

- Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@hmetro.com.my

 Nasha miliki hobi sama seperti gadis lain

walaupun garang di atas litar

Melihat kepada perwatakan Nasha Edziera Muhammad Baharuddin ketika di litar, persepsi pertama mengenai pelumba yang beraksi di Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia dalam kategori Pro-AM itu pastinya seorang yang agresif dan mirip lelaki.

Namun, siapa sangka di sebalik sut perlumbaan yang dipakainya, Nasha sebenarnya sama saja seperti gadis lain.

Maka, tidak hairanlah apabila sifat kewanitaan­nya lebih terserlah ketika di luar dan mempunyai hobi yang sinonim dengan seorang wanita - memiliki koleksi beg tangan.

Menceritak­an hobinya itu, gadis berusia 22 tahun berasal dari Seremban itu mengaku mula berminat untuk memiliki pelbagai koleksi beg tangan sejak empat tahun lalu.

“Beg tangan pertama yang saya beli adalah sekitar 2013. Tapi harganya tidaklah terlalu mahal.

“Malah hingga ke hari ini, saya tidak mempunyai koleksi beg tangan yang mahal kerana belum mampu untuk membelinya.

“Bagi saya, asalkan beg itu menarik dan sesuai dengan harganya ia sudah cukup untuk memuaskan hati saya.

“Lagipun saya memang tak pernah terfikir untuk membeli beg tangan dengan harga yang agak mahal sebab membazir,” katanya.

Jelas Nasha, koleksi beg tangan paling mahal yang pernah dibelinya adalah sekitar RM350 saja.

“Setakat ini saya mempunyai 10 beg tangan. Kalau diikutkan koleksi ini lebih banyak tetapi sebab sudah diberikan kepada saudara mara, maka hanya tinggal 10 saja,” katanya.

Selain beg tangan, Nasha juga mempunyai koleksi beg sandang yang dibeli menggunaka­n duit poketnya sendiri.

“Penggunaan beg tangan atau beg sandang bergantung kepada situasi semasa.

“Jika berjalan dengan rakan-rakan, saya lebih gemar menggunaka­n beg tangan seperti wanita lain. Untuk beg sandang biasanya saya akan gunakan ketika di perlumbaan Cub Prix,” katanya.

Nasha juga mendedahka­n jika tidak kerana minat mendalam ke atas sukan permotoran, kemungkina­n besar dia akan membabitka­n diri dalam bidang fesyen.

“Saya memang suka berfesyen dan bergaya, lebih-lebih lagi yang memberikan imej muslimah.

“Peluang itu mungkin belum tiba lagi, malah saya lebih gemar dengan apa yang saya lakukan sekarang,” katanya yang juga seorang juruteknik.

 ??  ?? SEBAHAGIAN daripada koleksi beg tangan yang dimiliki Nasha.
IMEJ muslimah jadi pilihan Nasha untuk berfesyen dan bergaya. AKSI Nasha memecut di atas litar.
SEBAHAGIAN daripada koleksi beg tangan yang dimiliki Nasha. IMEJ muslimah jadi pilihan Nasha untuk berfesyen dan bergaya. AKSI Nasha memecut di atas litar.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia