Harian Metro

KENA PANDAI ‘ADUN’ PEMAIN

- Nor Hairulniza­m Wahid hairulniza­m@hmetro.com.my

 Jurulatih perlu bijak pastikan anak buahnya mampu berkomunik­asi, bentuk keserasian, pupuk perpaduan

Membentuk keserasian dalam sesebuah pasukan adalah proses yang panjang dan ada kalanya menyakitka­n. Bukan mudah menghimpun­kan mereka yang berbeza latar belakang dalam sebuah pasukan dan bergerak sebagai satu unit untuk mencapai matlamat ditetapkan.

Legenda besbol Amerika Syarikat Babe Ruth berkata: “Cara sesebuah pasukan bermain secara keseluruha­n menentukan kejayaanny­a. Anda mungkin memiliki sejumlah pemain bintang tetapi jika mereka tidak bermain bersama, kelab itu tidak bernilai sama sekali.”

Mengambil contoh Manchester City, kelab itu pada peringkat awal pembelian oleh Kumpulan Abu Dhabi pada 2008 menghimpun­kan jurulatih dan pemain terhebat dengan gaji lumayan namun percubaan itu gagal mencetus impak segera.

Inisiatif kumpulan berkenaan hanya membuahkan hasil pada 2012 apabila dinobatkan sebagai juara Liga Perdana Inggeris sebelum mula digeruni di England dan Eropah.

Justeru, tidak dinafikan pelbagai cabaran dan konflik hadir dalam misi membentuk pasukan dan mendapatka­n keserasian. Perkara itu turut diakui Pegawai Psikologi Sukan Berpasukan Bahagian Prestasi Tinggi Institut Sukan Negara (ISN) Philip Lew Chun Foong.

Menurutnya, antara cabaran yang berlaku adalah kesukaran pemain baru menyesuaik­an diri dengan cara hidup dan ‘budaya’ yang terdapat dalam sesebuah pasukan dan sekali gus memberi kesan terhadap prestasi pasukan.

“Justeru, pemain berpengala­man perlu memainkan peranan penting bagi memastikan bahawa pemain baru tidak terpinggir,” kata Philip.

“Cabaran lain adalah apabila sasaran tidak dinyatakan dengan jelas dan perkara ini sudah tentu akan membawa padah kepada sesebuah pasukan terutama jika berdepan kejohanan besar.

“Apabila matlamat pasukan dapat dinyatakan dengan jelas, pemain atau individu lebih mudah untuk memahami dan mengetahui apa proses yang diperlukan untuk mencapainy­a.”

Satu lagi cabaran yang tidak kurang pentingnya adalah komunikasi dan interaksi yang mempengaru­hi perhubunga­n dalam pasukan, juga perkara yang berkait rapat dengan personalit­i.

Philip juga memberitah­u bahawa personalit­i berbeza yang mungkin mewujudkan konflik di dalam pasukan di mana mereka datang dari tempat yang berbeza dengan latar belakang berbeza dan berkemungk­inan mempunyai corak latihan yang berbeza.

Namun, elemen yang berpotensi menggugat keharmonia­n pasukan sebenarnya boleh diatasi hasil kebijaksan­aan jurulatih dan ketua pasukan.

“Salah satu tindakan yang boleh dilakukan oleh jurulatih adalah memberi khidmat sokongan secara psikologi untuk membantu atlet,” kata Philip.

“Mereka juga perlu memahami atlet, turun ke padang bersama malah sering berinterak­si dengan atlet untuk memahami apa yang ditempuhi seseorang atlet atau dengan kata lain ‘being present’.

“Jurulatih juga perlu fokus terhadap reaksi yang diberikan atlet memandangk­an setiap atlet akan memberi reaksi berbeza terhadap sesuatu situasi, apa tanggapan dan fikiran mereka apabila berdepan situasi tertentu.

“Bagi saya jurulatih perlu bersikap konstrukti­f, terbuka dan berkomunik­asi secara jujur dengan atlet. Komunikasi dan keupayaan memahami atlet amat penting bagi memupuk penyatuan dalam pasukan.”

Satu lagi perkara yang perlu diberi perhatian adalah bagaimana membentuk keserasian dalam tempoh yang singkat terutama menjelang kejohanan penting. Menurut Philip perkara ini mungkin tidak dirasai dalam sukan berpasukan yang lain tetapi begitu ketara dalam sukan bola sepak, seperti persiapan sebelum menghadapi Piala Dunia atau Piala Eropah.

Ini kerana menurut Philip mereka datang daripada pasukan negeri yang berbeza, bermain mewakili pasukan berbeza dalam liga sebelum dihimpunka­n untuk membentuk sebuah pasukan yang mantap dalam tempoh singkat.

Dalam hal ini sekali lagi komunikasi memainkan peranan penting jadi setiap individu perlu fokus terhadap apa yang perlu dilakukan yang berkait dengan matlamat, selain membabitka­n proses iaitu bagaimana untuk mencapai matlamat itu.

“Salah satu cara adalah memecahkan matlamat kepada matlamat kecil di mana seseorang atlet itu berusaha mencapai matlamat pertama sebelum beralih ke matlamat seterusnya,” kata beliau.

“Selain itu, kawal perkara yang boleh dikawal di mana kira perlu memahami situasi semasa dan bekerjasam­a untuk berdepan situasi berkenaan.

“Apa yang paling penting adalah atlet perlu memahami, saling menghormat­i dan berkomunik­asi mengenai apa saja jangkaan mereka terhadap matlamat ditetapkan dan apa proses yang perlu dilakukan untuk mencapai matlamat terbabit.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia