Harian Metro

SAKIT HATI TAPI SERONOK

- Reuters

 Michelle atasi permulaan sukar sebelum bangkit

Michelle Wie mengetepik­an cabaran awal permainan untuk mendahului kejohanan Terbuka Wanita Britain dengan catatan rekod lapangan lapan di bawah par 64 di Kingsbarns Golf Links semalam.

Bintang Amerika Syarikat itu mengatasi permulaan sukar apabila mencatat bogey di lubang kedua sebelum bangkit di lubang keempat, keenam dan lapan untuk menamatkan sembilan lubang pertama dengan dua di bawah par sebelum ‘mengganas’ di sembilan lubang terakhir dengan enam lagi birdie, memperbaik­i catatan 65 pukulan oleh pemain China Xiyu Lin pada 2013.

Pemain berusia 27 tahun itu yang menamatkan aksinya dengan tiga birdie berturut-turut, mendahului pemain Korea Selatan Kim In-kyung dengan satu pukulan menjelang hari kedua, dengan seorang lagi pemain AS Lindy Duncan ketinggala­n satu pukulan di tangga ketiga.

“Permulaan itu membuat saya sakit hati seketika tetapi ia memang menyeronok­kan,” kata pemain kelahiran Honolulu.

“Setiap kali anda membuat 64 pukulan di lapangan seperti Kingsbarns, anda perlu bergembira.

“Saya benar-benar berbangga dapat memanfaatk­an situasi pada sebelah pagi,” kata Michelle yang kali terakhir mencatat kejayaan pada Terbuka AS 2014.

Pemain Korea Selatan, Chella Choi, Jodi Ewart Shadoff dan Mel Reid dari Britain, pemain Belanda Anne van Dam serta Marissa Steen dan Lexi Thomson berkongsi tempat keempat dengan lima di bawah par.

In-kyung bermula cemerlang dengan lima birdie pada lapan lubang pertama namun semakin perlahan pada sembilan lubang terakhir dengan tiga birdie dicemari bogey dengan angin mula memberi impak.

“Angin semakin kencang pada sembilan lubang kedua tetapi pemandanga­n yang indah membuatkan anda sukar fokus pada permainan,” katanya selepas menamatkan pusingan dengan 65 pukulan sebelum perlawanan perlawanan ditangguhk­an dua kali akibat guruh dan petir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia