Harian Metro

INI TIDAK RASIONAL

- Agensi

London

Arsene Wenger melabel perpindaha­n Neymar dari Barcelona ke Paris Saint-Germain sebagai tidak rasional dan menganggap perjanjian paling mahal untuk membawa masuk pemain Brazil itu dapat direalisas­ikan apabila kelab bola sepak dimiliki oleh

‘negara’.

Qatar

Sports Investment­s muncul pemegang saham majoriti kelab Ligue

1 itu pada

2011 dan mencuri tumpuan menerusi jumlah dana yang besar selain sering membawa masuk pemain baru dan kehadiran Neymar adalah rekod pembelian termahal dunia.

Wenger berkata, kehadiran Qatar serta dana yang mereka miliki membolehka­n PSG lebih mewah berbanding kelab Eropah lain.

“Bagi saya, kekayaan pemilik kelab mengubah seluruh landskap bola sepak sejak 15 tahun lalu,” kata Wenger.

“Apabila sesebuah negara ‘memiliki’ kelab bola sepak, semuanya boleh dilakukan. Adalah sukar untuk mematuhi peraturan kewangan yang ditetapkan FIFA kerana anda mempunyai pelbagai cara untuk menarik minat pemain. “Selain itu, kita tidak

lagi berada di kedudukan di mana anda berfikir ‘jika saya melabur ke atas pemain itu, apa yang akan saya peroleh?’. Kita tidak lagi memikirkan soal berkenaan. Apa yang berlaku sekarang membabitka­n maruah, minat dan bukan lagi rasional.

“Dana yang dikeluarka­n untuk membeli pemain juga cepat berubah. Kita melepasi angka €100 juta tahun lalu dan hanya setahun kemudian, kita sudah melepasi €200 juta.

“Apabila anda fikir bahawa Trevor Francis muncul pemain pertama yang dibeli dengan harga £1 juta ketika beliau menyertai Nottingham Forest dari Birmingham City pada 1979 dan ia kelihatan tidak masuk akal, lihat saja sekarang. Bagaimana bola sepak sudah berkembang.

“Ia sukar untuk dijangka dan tidak lagi rasional.”

Sumber memberitah­u ESPN bahawa kontrak lima tahun Neymar akan menyaksika­n dia menerima gaji €30 juta (RM152 juta) setahun selepas cukai dan Wenger menganggap jumlah itu sesuatu yang tidak normal.

“Hari ini, pemain diukur daripada kemampuan kelab dan saya berani mengatakan bahawa harga seseorang pemain

 Wenger anggap rekod perpindaha­n Neymar

petanda negatif kepada bola sepak

bergantung kepada identiti pembeli itu sendiri. Anda tidak boleh meletakkan logik di dalam pasaran pemain. Ia adalah mengenai potensi pembeli yang akan menentukan harga pemain.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia