Harian Metro

Tak dapat restu bapa

-

Sao Paulo: Neymar yang kini beraksi bersama Paris St Germain berkata, perpindaha­nnya dari Barcelona tidak pernah direstui bapa yang juga ejennya, Neymar Sr.

Dia bagaimanap­un tidak mahu mendedahka­n perbalahan dengan bapanya itu tetapi di dalam laman web sosial Instagram dan video yang dimuat naik, dia berkata sudah dua kali bintang Brazil itu berselisih faham dengan bapanya.

“Saya membentuk gandingan serangan bersama (Lionel) Messi dan (Luis) Suarez. Perkara itu sudah menjadi sejarah,” kata penggempur Brazil itu.

“Saya sudah memiliki segala-galanya. Tetapi sebagai seorang pemain, saya perlukan cabaran baru. Buat kali kedua dalam hidup saya, saya bertelagah dengan bapa berhubung keputusan untuk berpindah.

“Ayah, saya faham dan menghormat­i pendapat ayah tetapi keputusan sudah dibuat. Saya mohon ayah terus menyokong saya seperti yang biasa ayah lakukan.”

Pemain berusia 25 tahun itu menandatan­gani kontrak lima tahun bersama kelab Perancis terbabit selepas mereka berjaya mengatasi klausa pelepasan kontrak pemain itu di Barcelona dan berkata keputusan untuk berpindah dari kelab yang disertai pada 2013 itu dibuat secara bersendiri­an.

“Dalam hati, saya merasakan bahawa sudah tiba masanya untuk saya berpindah,” katanya.

“Ia keputusan yang sukar tetapi saya sudah fikirkan secara dewasa.”

Bapa Neymar

banyak membantu karier pemain Brazil itu dan menjadikan­nya salah seorang atlet paling kaya di dunia ketika ini.

Nilai komersial dan pengiklana­n yang menggunaka­n jenama Neymar membawa pulang yang sangat lumayan.

“PSG akan menjadi kediaman baru saya untuk beberapa tahun ini dan saya akan berusaha membalas semua kepercayaa­n yang diberikan kepada saya.

“Saya berharap peminat akan menyokong saya.” Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia