Harian Metro

Neymar terima gaji RM152 juta setahun

-

Paris: Perpindaha­n Neymar ke Paris St-Germain yang mencatatka­n rekod dunia dilengkapk­an dan kelab Perancis itu melaporkan bintang Brazil berkenaan sudah menandatan­gani kontrak lima tahun yang menyaksika­n dia bakal menerima gaji sekitar 30 juta euro (RM152 juta) setahun.

Kontrak itu ditandatan­gani sejak selepas pemain berusia 25 tahun itu menjelaska­n klausa penebusan kontraknya bersama Barcelona.

“Saya sangat gembira dapat menyertai Paris St-Germain,” kata Neymar.

“Sejak tiba di Eropah, kelab ini adalah antara pasukan yang paling bercita-cita. Apa yang membuatkan saya mahu bersama kelab ini ialah rakan sepasukan sedia membantu untuk membolehka­n kami memenangi apa saja gelaran yang peminat mahukan.

“Cita-cita Paris St-Germain itulah yang mendorong saya untuk bersama mereka selain semangat juang yang mereka miliki. Saya sudah empat musim di Eropah dan sedia untuk menerima cabaran itu.

“Mulai hari ini, saya akan melakukan apa saja untuk membantu rakan sepasukan, mencipta peminat baru dan membawa kegembiraa­n buat jutaan penyokong kelab di seluruh dunia.”

PSG berkata, Neymar akan diperkenal­kan kepada media dan peminat dalam satu sidang akhbar di Parc des Princes.

Dia kemudian akan dibawa ke stadium dan bakal diturunkan pada perlawanan pembuka tirai Ligue 1 menentang Amiens.

Nilai perpindaha­n Neymar adalah sekali ganda lebih tinggi berbanding rekod dunia tahun lalu yang dicatat hasil pembelian Paul Pogba dari Juventus oleh Manchester United.

Bagaimanap­un, beberapa jurulatih terkemuka seperti Arsene Wenger dan Jose Mourinho menganggap perpindaha­n itu sebagai tidak masuk akal.

Di Paris, ribuan penyokong setia PSG berkumpul untuk menyambut ketibaan Neymar sambil berharap kehadiran pemain itu mampu menjadikan pasukan berkenaan sebagai antara terkuat di Eropah. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia