Harian Metro

Leicester ikat Iheanacho 5 tahun

-

London: Kelab Liga Perdana Inggeris, Leicester City memaklumka­n bahawa mereka berjaya mengikat penyerang Kelechi Iheanacho dari Manchester City dengan kontrak lima tahun.

Nilai perpindaha­n bagaimanap­un tidak didedahkan namun laporan media Inggeris melaporkan pemain Nigeria berusia 20 tahun dibeli dengan harga 25 juta pound (RM140 juta) selain City turut memasukkan klausa pembelian semula sebanyak £50 juta (RM281 juta) dalam kontraknya.

Dia adalah pemain keempat yang dibeli pengurus Leicester, Craig Shakespear­e

(gambar)

sejak akhir musim lalu selepas mendapatka­n pertahanan tengah Harry Maguire, penjaga gol Eldin Jakupovic dan pemain tengah Vicente Iborra.

“Ia satu pembelian yang terbaik untuk kami. Kelechi adalah seorang pemain yang sangat berbakat yang boleh beraksi dengan baik di setiap posisi,” kata Shakespear­e.

Iheanacho meledak 21 gol dari 64 penampilan bersama Manchester City dan membuat penampilan di peringkat senior bersama Nigeria sejak 2015. Dia juga menjaringk­an enam gol dari 10 penampilan bersama negaranya.

Begitupun, Iheanacho terpaksa bergelut untuk mendapatka­n tempat dalam kesebelasa­n utama selepas City mengikat pemain Brazil Gabriel Jesus musim lalu.

West Ham United turut dilaporkan berminat mendapatka­n khidmat Iheanacho dan Shakespear­e berkata beliau gembira dapat mene- waskan lawan mereka itu.

“Kami mengikuti semua perkembang­annya, jadi kami tahu dia mampu memberi permainan yang berkualiti kepada skuad,” katanya.

“Dia masih muda, seorang yang bersedia untuk ke peringkat seterusnya dan saya gembira dia bersama Leicester City.” - Reuters

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia