Harian Metro

Sedia balas kepercayaa­n OKS

-

Kuala Lumpur: Pemain tengah Pahang, Nor Azam Abdul Azih bersedia membalas kepercayaa­n yang diberikan jurulatih Datuk Ong Kim Swee apabila masih memberi peluang kepadanya untuk merebut tempat dalam skuad bawah 22 tahun negara (B-22) ke Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

Azam, 22, berkata, dia tidak menyangka apabila namanya berada dalam senarai 27 pemain bagi menjalani kem latihan pusat bermula Ahad ini meskipun dipalit kontrovers­i kerana tidak bersama pasukan ketika saingan kelayakan Kejohanan Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) B-23 di Bangkok bulan lalu.

“Sebelum ini saya tidak dapat pergi ke Bangkok sebab tidak mendapat pelepasan pasukan Pahang, jadi peluang yang saya dapat kali ini akan digunakan sebaik-baiknya. Saya difahamkan tidak ada masalah untuk saya bersama skuad bawah 22 tahun kerana perlawanan liga dihentikan ketika Sukan SEA ini.

“Memang saya mahu mendapat tempat ke Sukan SEA sebab dua tahun lalu di Singapura, saya digugurkan pada saat akhir. Ketika itu saya akui kurang berpengala­man jadi saya rasa sekarang sudah lebih bersedia,” katanya.

Arena Metro semalam melaporkan mengenai keputusan Kim Swee memanggil semula enam pemain yang mencetuska­n kontrovers­i apabila tidak dibenarkan menyertai skuad muda negara ke Bangkok bagi aksi kelayakan.

Selain Azam, turut mendapat kepercayaa­n Kim Swee adalah Safawi Rasid dan Haziq Nadzli dari Johor Darul Ta’zim (Johor DT), Matthew Davies (Pahang), Syamer Kutty Abba dan S Kumaahran (Pulau Pinang). dan setakat ini tidak pernah mengalami masalah ketika beraksi.

“Alhamdulil­lah setakat ini saya tidak ada rasa sakit atau sesak nafas. Insya Allah saya akan cuba berikan yang terbaik kerana saya perlu ambil peluang ini, bukan mudah untuk dapat beraksi dengan pemain lebih berpengala­man dalam skuad kebangsaan,” katanya.

 ??  ?? AZAM (kanan) tak sangka dapat panggilan Kim Swee.
AZAM (kanan) tak sangka dapat panggilan Kim Swee.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia