Harian Metro

TARUHAN ‘PROFESSOR’

- Aziman Rosdi aziman@hmetro.com.my

 Vingada gugur 11 pemain, Kiko antara muka

baru perkuat cabaran Harimau Malaya

Jurulatih Harimau Malaya, Nelo Vingada melakukan tindakan berani apabila menggugurk­an 11 pemain untuk membawa masuk muka baru termasuk pemain kacukan kelahiran Sepanyol Kiko Insa dalam senarai 24 pemain bagi kem latihan pusat bermula 14 Ogos ini.

Selain Kiko yang kini beraksi dengan Pahang, Vingada turut memberi peluang kepada penyerang PKNP FC, Shahrel Fikri Fauzi dan penjaga gol Kedah, Farhan Abu Bakar untuk bersama skuad kebangsaan buat kali pertama.

Bagaimanap­un, apa yang mengejutka­n apabila nama pemain tengah Johor Darul Ta’zim (Johor DT), Natxo yang juga abang kepada Kiko tercicir.

Vingada yang kini mahu mempersiap­kan pasukan bagi menghadapi kelayakan Piala Asia 2019 menentang Hong

Kong di Melaka pada 5 September depan, mempunyai alasan tersendiri untuk merombak pasukan selepas tewas 1-2 di tangan Lubnan pada aksi pertama di Larkin pada 13 Jun lalu.

“Bagi saya Kiko pemain yang baik dan boleh memberi sumbangan kepada pasukan. Memang dia dan beberapa pemain lain tidak pernah bersama skuad kebangsaan tapi kita akan beri peluang kepada mereka untuk buktikan.

“Pemain lain yang tidak bersama pasukan termasuk Natxo... bukan mereka tidak bagus cuma sekarang saya sudah ada 24 pemain dan adalah lebih baik saya tumpukan kepada pemain ini. Masih ada peluang untuk pemain lain bersama pasukan pada masa akan datang,” kata pengendali kelahiran Portugal itu.

Pemain lain yang dipanggil semula adalah Fitri Omar (Kedah), Aidil Zafuan Radzak, Azrif Nasrulhaq Badrul Hisyam dan Fadhli Shas (Johor DT), Nasir Basharudin dan Nazrin Nawi (Perak) dan Wan Zack Haikal Wan Nor (FELDA United).

Antara yang digugurkan adalah penyerang Selangor, Amri Yahyah dan PKNS FC Safee Sali yang masih belum pulih daripada kecederaan bahu.

Manakala Matthew Davies dan Nor Azam Abdul Azih terpaksa diketepika­n kerana bersama skuad Bawah 22 tahun (B-22) ke Sukan SEA Kuala Lumpur 2019 bermula 14 hingga 29 Ogos ini.

“Pemilihan pemain kali ini berdasarka­n pemerhatia­n saya dan barisan kejurulati­han yang mengikuti perkembang­an 24 pasukan (Liga Malaysia) dalam lebih 20 perlawanan.

“Jadi berdasarka­n idea dan visi saya, saya mencari pemain berkualiti dan kombinasi pemain terbaik. Mungkin jika tiada Sukan SEA, saya juga akan memanggil 3-4 pemain daripada skuad bawah 22 tahun,” kata Vingada yang turut dikenali sebagai ‘The Professor’.

Sebelum bertemu Hong Kong, Malaysia akan mengharung­i aksi persahabat­an menentang Syria (22 Ogos) Macau (25 Ogos) dan Myanmar (29 Ogos).

 ??  ?? KIKO pemain kacukan kelahiran Sepanyol.
KIKO pemain kacukan kelahiran Sepanyol.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia