Harian Metro

Shahrel teruja dapat panggilan negara

-

Kuala Lumpur: Tiga tahun lalu, Shahrel Fikri sudah menggantun­g but kerana disahkan mengalami masalah jantung namun dia tetap bangkit dan ternyata pengorbana­nnya berbaloi apabila dipanggil menyertai skuad Harimau Malaya buat kali pertama.

Peningkata­n prestasi yang ditunjukka­n Shahrel, 23, bersama PKNP FC amat ketara musim ini apabila bukan saja mengetuai kelab Liga Perdana itu bersaing hebat untuk merebut slot ke Liga Super tahun depan malah turut mara ke suku akhir Piala Malaysia.

Malah, dengan rekod jaringan 10 gol dalam saingan liga, tiga gol Piala Malaysia dan tiga gol Piala FA sudah cukup untuk meyakinkan jurulatih Harimau Malaya, Nelo Vingada untuk menyenarai­kan penyerang muda itu dalam 27 pemain bagi kem latihan pusat bermula 14 Ogos.

“Untuk sampai ke tahap ini, diberi peluang mewakili negara memang saya tidak terfikir sebelum ini. Dulu saya pernah digugurkan daripada skuad Harimau Muda B di bawah jurulatih Razip Ismail kerana saya gagal ujian kesihatan.

“Saya tidak pernah ada masalah kesihatan, dari kecil tidak pernah ada masalah sesak nafas, tapi selepas pemeriksaa­n itu, saya disahkan mengalami masalah injap jantung bocor. Jadi saya terpaksa disingkirk­an dan tidak bermain bola selama lebih empat bulan.

“Tapi selepas itu saya dipanggil untuk menyertai skuad Piala Presiden Perak dan daripada situ karier saya bermula semula. Memang pada mulanya risau juga untuk bermain, tapi saya serahkan segala ketentuan kepada Allah. Saya berterima kasih kepada jurulatih Abu Bakar Fadzim yang banyak membantu saya selama ini,” katanya.

Menurut Shahrel, dia sentiasa mengikuti nasihat doktor dalam menjaga kesihatann­ya

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia