Harian Metro

PSG pilihan tepat Neymar realisasi impian

-

cita-cita sesebuah kelab bola sepak dan apa pula cita-cita seseorang pemain bola sepak? Kedua-duanya membawa maksud berbeza dan mencetus impak yang juga berlainan.

Minggu ini, arena bola sepak heboh apabila kelab gergasi Perancis, Paris St-Germain mendapat khidmat bintang Brazil, Neymar

(gambar).

Cita-cita PSG adalah untuk menjadi kelab gergasi di Eropah dengan memenangi Liga Juara-Juara selain menjadi terbaik setiap musim di negara sendiri. Untuk mencapai cita-cita ini, PSG memerlukan khidmat pemain terbaik dunia.

Manakala cita-cita seorang pemain bertahap dunia adalah mencapai kejayaan bersama kelab yang berkongsi impian.

Walaupun sudah bertahap dunia, Neymar hanya disebut selepas Lionel Messi serta Cristiano Ronaldo. Pemain yang kini berusia 26 tahun itu sudah sampai ke persimpang­an jalan di mana beliau harus mencipta haluan sendiri.

Baik sebagai pemain bola sepak ataupun sebagai satu konsep pemasaran, Neymar membuat keputusan tepat untuk meninggalk­an Barcelona walaupun ramai berpendapa­t Ligue 1 tidak setaraf La Liga, Serie A, Bundesliga atau EPL.

Kita harus puji cita-cita serta tekad pemain untuk keluar dari zon selesa dan memikul tanggungja­wab mengukuhka­n jenama dirinya di dunia bola sepak.

Sementara itu, di EPL beberapa pasukan mencari sentuhan terakhir untuk mencapai matlamat masing masing. Arsenal memenuhi kekurangan penyerang yang pantas serta lincah dengan membawa masuk Alexander Lacazette dari Lyon.

Ia memenuhi keperluan asas kelab itu memandangk­an pasukan kendalian Ar- sene Wenger hanya mempunyai penyerang tumpul serta terhad seperti Olivier Giroud dan Lucas Perez manakala Danny Welbeck pula mempunyai sentuhan pertama ala budak-budak.

Red Devils pula ingin menyakinka­n penyokong mereka dengan Romelu Lukaku yang dianggap Jose Mourinho seperti bayangan Didier Drogba yang berjaya memenuhi impian Chelsea.

Jelas Mourinho ketandusan idea apabila mencari pemain ala “traditiona­l centre forward” yang menjadi identiti bola sepak British.

Adakah Lukaku mempunyai tenaga serta impian seperti Drogba? Ia mungkin tidak sama, tetapi Jose Mourinho akan cepat mencari alasan untuk menutup kesilapan beliau. Selalunya, pengadil akan menjadi mangsa.

Pasukan juara bertahan, Chelsea pula mendapat khidmat Alvaro Morata dari Real Madrid sebagai pengganti Diego Costa. Jika Costa kereta kebal maka Alvaro Morata lebih kepada limosin. Penyerang Sepanyol itu mempunyai corak permainan tersendiri tetapi jelas ketenangan beliau melakukan penyudah akan membantu pasukan Chelsea.

Pengendali pasukan Liverpool Jurgen Klopp pula bercita-cita tinggi dengan memasang impian besar, tetapi masih belum mendapat sasaran.

Klopp begitu riang apabila Liverpool berjaya menewaskan Bayern Munich di dalam perlawanan persahabat­an Piala Audi, tetapi muram apabila tewas di tangan Atletico Madrid. Sasaran seperti Virgil van Dijk serta Naby Keita masih gagal dipujuk dan ini terus menjadikan kelab Liverpool seperti tiada cita-cita.

Manakala pasukan Manchester City pula cepat mengisi kekosongan serta kelemahan terutama di bahagian pertahanan. Jelas, pasukan yang di kendalikan Pep Guardiola memerlukan pemain bek kiri serta bek kanan maka Kyle Walker, Danilo serta Benjamin Mendy sudah tiba di Manchester biarpun kelab itu perlu membayar begitu mahal.

Hanya kelemahan di bahagian pertahanan tengah saja yang masih belum diperkuatk­an kerana ketua pasukan, Vincent Kompany kerap mengalami kecederaan manakala John Stones pula masih kelihatan canggung. Hanya Nicolas Otamendi saja bek tengah asli.

Namun, keputusan Ronald Koeman meletak Wayne Rooney sebagai harapan pasukan Everton tidak masuk akal kerana pemain itu sudah jauh melepasi zaman gemilangny­a.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia