Harian Metro

TRW tiada pilihan, wajib benam FELDA

- Azlan Hafeedz sukan@hmetro.com.my

Kota Bharu: Tiada istilah kalah lagi buat Kelantan yang akan menentang FELDA United FC pada saingan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad ke IV, malam ini.

Misi wajib menang perlu ditanam bagi memastikan The Red Warrior dapat menjarakka­n diri daripada zon penyingkir­an.

Walaupun agak sukar berikutan FELDA United disifatkan antara pasukan terkuat, Kelantan tidak ada pilihan kecuali menang jika mahu terus kekal di Liga Super.

Jurulatih Kelantan, Zahasmi Ismail berkata, pasukannya sedikit ‘lumpuh’ selepas ramai tonggak utamanya masih cedera.

Katanya, tanpa Mohd Badhri Radzi, Khairul Fahmi Che Mat, S Thinagaran, Mohd Rozaimi Azwar dan Mohd Farisham Ismail, khidmat pemain sedia ada terpaksa digunakan walaupun mereka masih kepenatan.

“FELDA United sudah berubah wajah dengan dibarisi import berbisa Thiago Augusto dan Ifedayo Olesogun sekali gus menjadikan tugas pasukan semakin rumit.

“Lagipun, jurulatih mereka B Sathianath­an juga terkenal dengan taktikal hebat selain turut mengetahui corak permainan Kelantan kerana pernah membimbing pasukan ini dulu.

“Apapun, kami tidak akan mengalah dan tetap berusaha merobek kubu lawan. Untuk itu, jentera serangan harus memburu gol awal dan sama sekali tidak mengulangi kesilapan lalu,” katanya.

Kedudukan Kelantan dalam Liga Super agak parah apabila sekadar menduduki tangga kesembilan dengan 17 mata di depan Melaka, Sarawak dan Pulau Pinang manakala FELDA United pula di tangga keempat dengan 29 mata.

Zahasmi berkata, peluang bermain di laman sendiri perlu dimanfaatk­an semua pemain selain menuntut empat importnya, Margaro Gomis, Abou Bakar El Mel, Alessandro Celin dan Mamadou Danso mempamerka­n aksi terbaik mereka.

Katanya, pada masa sama, kudrat pemain senior seperti Indra Putra (Mahayuddin), Norhafiz Zamani (Misbah) dan Mohd Norfarhan akan terus dimanfaatk­an.

 ??  ?? KUDRAT Indra (kiri) tetap diperlukan malam ini.
KUDRAT Indra (kiri) tetap diperlukan malam ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia