Harian Metro

Perlukah ‘Coffee-Coffee’ Berdua?

- Syanty Octavia Amry soctavia@hmetro.com.my

Ada pelakon keluar ‘dating’ semata-mata untuk jiwai karakter

Dalam sesebuah cerita pastinya watak utama memainkan peranan penting. Apatah lagi jika watak utama itu membabitka­n dua pelakon berlainan jantina, pastinya keserasian perlu bagi memastikan cerita lebih bersahaja.

Namun begitu, setiap pelakon punya cara dan pandangan sendiri dalam memastikan keserasian bersama pasangan lebih terjalin.

Latihan dan perbincang­an amatlah perlu. Bagaimanap­un, perlukah pelakon terutama yang sudah mempunyai pasangan atau berumah tangga keluar bersama dari set penggambar­an bak kata orang sekarang ‘coffee-coffee’ berdua demi mencari keserasian?

Cuit Sikit minggu ini mendapatka­n komen beberapa pelakon, pengarah dan produser untuk berkongsi pandangan mengenai isu mencari keserasian di luar waktu penggambar­an?

NABILA HUDA

“Sebagai pelakon kita perlu fokus terhadap apa yang ingin dilakonkan. Bagi yang punya kelebihan boleh berlakon apa saja watak mungkin tidak ada masalah tetapi untuk yang tidak, pentingnya mereka mengkaji watak diberikan.

Namun tidak perlulah sampai tahap keluar dating dan minum kopi untuk mendapatka­n keserasian. Pada saya itu sangat mengarut! Seharusnya mereka yang ingin membabitka­n diri dalam bidang lakonan mengkaji dan berfikir tujuan asal terbabit dalam bidang lakonan. Jika niat mereka untuk jadi pelakon yang serba boleh pasti mereka boleh melakonkan apa juga watak. Tetapi jika niat untuk popular dan meramaikan pengikut di laman sosial maka akan wujudlah pelakon yang tiada kualiti. Pada saya tidak perlu rasanya mencari keserasian sehingga di luar waktu penggambar­an kerana ia hanya akan menimbulka­n masalah lain saja.”

AARON AZIZ

“Pada saya tidak perlu terutama bagi pelakon yang sudah berkahwin berbuat begitu. Bagi yang masih bujang terpulangl­ah sama ada mereka hendak mencari keserasian di dalam, luar, atas mahupun bawah.

Utamakan dulu lakonan tegaskan pendirian masuk dalam bidang ini sebenarnya niat untuk apa. Kalau betul-betul hendak berlakon pasti mereka akan lebih fokus terhadap watak yang diberikan. Andai masih ada yang mahu mencari lebih keserasian selepas waktu penggambar­an itu terpulangl­ah bagi yang masih bujang. Kepada yang sudah berkahwin, sebaikbaik­nya jagalah batasan dan ingat fokus kerana apa kita berlakon.”

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia