Harian Metro

DUA JAGUH LONDON REBUT PERISAI KOMUNITI

-

Arsenal dan Chelsea akan meneruskan perseterua­n untuk membuktika­n siapa kelab London paling hebat pada permulaan musim baru apabila keduaberte­mu duanya dalam saingan Perisai Komuniti di Stadium Wembley, malam esok.

Selaku juara Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea sudah pasti tidak mahu bermula dengan langkah kiri, menentang Arsenal iaitu juara Piala FA musim lalu.

Perlawanan esok juga akan menjadi medan terbaik buat Antonio Conte untuk menguji beberapa pemain baru terutama Tiemoue Bakayoko dan Alvaro Morata selain cuba menggunaka­n beberapa formasi yang bersesuaia­n untuk diguna bagi musim baru.

Arsenal pula dijangka menurunkan penyerang Perancis, Alexandre Lacazette yang dibeli dari Lyon dengan harga £52.7 juta (RM298 juta) untuk digandingk­an bersama Danny Welbeck dan Mesut Ozil.

Kemenangan 3-0 Chelsea ke atas Arsenal dalam perlawanan pramusim di China bulan lalu tidak boleh dijadikan ukuran, ujian sebenar kedua-dua pasukan ini adalah di Wembley dengan kedua-duanya cuba untuk meraih gelaran sulung walaupun ia sekadar Perisai Komuniti.

Mungkin ada yang menganggap ia setaraf aksi persahabat­an namun Arsene Wenger dan

Conte dijangka tidak akan mengambil mudah mengenai aksi esok apabila mereka cuba untuk memulakan kempen baru ini dengan percaturan yang betul dan mengelak melakukan sebarang kesilapan.

Wenger dijangka tidak akan menurunkan Alexis Sanchez apabila penyerang Chile itu baru saja memulakan latihan minggu ini selepas menyambung cuti sebaik tamat tugasan di peringkat antarabang­sa dalam saingan Piala Konfederas­i.

Apa yang pasti

Francis Coquelin tidak akan beraksi, manakala Shkodran Mustafi pula masih lagi menjadi tanda

 ??  ?? PERTEMBUNG­AN Arsenal, Chelsea
pada final Piala FA musim lalu.
PERTEMBUNG­AN Arsenal, Chelsea pada final Piala FA musim lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia