Harian Metro

HENRY, GUNNERS DI HATI WAWA

- Garret Dawum garret@hmetro.com.my

Mengumumka­n persaraan sebagai pemain bola sepak profesiona­l pada 2014, kehebatan penyerang berasal dari Perancis, Thierry Henry masih lagi mekar dalam ingatan peminatnya.

Antaranya, pelakon Playboy Itu Suami Aku bernama Putri Najuwa,

31, yang turut mengagumi penolong pengurus pasukan Belgium itu.

Menurut Putri Najuwa atau nama sebenarnya Tengku Putri Najuwa Tengku Yusof, walaupun tidak pernah bermain bola sepak, namun dia tidak akan melepaskan peluang menonton perlawanan yang membabitka­n Henry.

“Henry bintang kegemaran saya jika orang bertanya mengenai bola

(gambar)

sepak. Bagi saya, sepanjang dua dekad dalam arena itu, dia tidak pernah mengecewak­an saya dengan permainan yang menarik.

“Malah, dia pernah membantu Perancis meraih kejuaraan Piala Dunia dan Eropah serta penjaring terbanyak dalam Liga Perdana Inggeris ketika bersama Arsenal.

“Kerjayanya sebagai pemain bola sepak memang amat digeruni kerana dia juga pernah menduduki tangga ketiga Anugerah Ballon d’Or dan tangga kedua Pemain Terbaik FIFA 2003 dan 2004,” katanya yang pernah membintang­i drama Arluna dan Waris Kasih.

Kata Putri Najuwa atau mesra dipanggil Wawa, kejayaan seperti itulah yang menjadi perangsang atau pemangkin untuknya terus mengembang­kan bakat dalam bidang lakonan.

“Saya juga mahu seperti Henry yang bermain bola sepak sejak usia 15 tahun dan terus melaksanak­an tanggungja­wabnya sebagai pemain sayap dengan sempurna ketika bersama Monaco dan Juventus.

“Apabila ditukarkan sebagai pengendali di barisan penyerang ketika bersama Arsenal, dia turut menunjukka­n teknik dan kemahiran yang menakjubka­n.

“Setiap kali bermain, dia mampu menembusi benteng lawan dengan baik dan menjaringk­an gol yang menarik perhatian semua,” katanya.

Jelas Wawa lagi, kemampuan teknikal Henry sering menjadikan dia sebagai pemain yang perlu diberi perhatian oleh pasukan lawan.

“Ketajaman sepakan dan kelajuanny­a membawa bola tidak dimiliki pemain lain.

“Begitu juga hantaran bola yang kemas dan gerakan bijak adalah bakat yang ada padanya. Tanpa semua itu, tidak mungkin dia dapat membawa pasukannya memperoleh kemenangan dan muncul juara,” katanya.

Dalam bola sepak, Wawa amat meminati kelab Arsenal yang dianggap kelab terbaik di Eropah.

“Kejayaan demi kejayaan yang digapai Arsenal sepanjang pembabitan dalam

Liga Perdana Inggeris adalah sesuatu yang saya kagumi.

“Perkara itu juga menjadi pemangkin saya untuk terus berada dalam bidang seni dan memajukan diri,” katanya yang mengaku bola sepak dapat mengeratka­n ikatan bersama rakan.

Dalam pada itu, bagi kelab tempatan dia memilih pasukan Selangor kerana dia anak kelahiran negeri itu.

Henry bintang kegemaran saya jika orang bertanya mengenai bola sepak. Bagi saya, sepanjang dua dekad dalam arena itu, dia tidak pernah mengecewak­an saya dengan permainan yang menarik

 ??  ??
 ??  ?? PUTRI NAJUWA
PUTRI NAJUWA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia