Harian Metro

PULISIC BURU IMPIAN DI BUNDESLIGA

- Susunan Ferzalfie Fauzi ferzalfie@hmetro.com.my

Nama pemain sayap

Amerika Syarikat, Christian Pulisic mula meniti di bibir peminat Borussia Dortmund dan seluruh Eropah apabila pemain berusia 18 tahun itu membuat penampilan bersama kelab gergasi Jerman itu sebanyak 37 kali dalam tempoh dua musim.

Dia yang memegang rekod selaku penjaring termuda skuad kebangsaan AS pada usia 17 tahun 253 hari tahun lalu, semakin mencipta nama untuk berdiri tinggi serta duduk sama rendah bersama legenda negara itu seperti Cobi Jones, Landon Donovan dan Clint Dempsey.

Menurut bapanya, Mark Pulisic, anak lelakinya itu sama seperti remaja lain di AS suka menghabisk­an masa lapang bermain pingpong dan memilih bola keranjang untuk mengisi masa lapang.

“Dia amat meminati bintang bola keranjang

AS, LeBron James dan mendengar lagu Justin Bieber. Bagaimanap­un, sejak menyertai Dortmund pada enam bulan pertama kehidupann­ya terus berubah apabila sentiasa bekerja keras untuk menempatka­n diri dalam kesebelasa­n utama.

“Pada April tahun lalu dia berjaya menjaringk­an gol pertama di Bundesliga dan seminggu selepas itu meledak jaringan kedua. Bagaimanap­un, sebelum itu dia sudah berjaya menambat hati pengendali AS,

Juergen Klinsmann apabila disenaraik­an dalam skuad senior,” katanya.

Pulisic sama seperti dulu walaupun sudah menimba pengalaman luas di Jerman, apabila ramai rakan, ahli keluarga, jurulatih dan rakan sepasukan mengakui dia tetap merendah diri.

“Bapa saya sering menasihati, apa saja yang berlaku, terutama ketika berdepan pemain lebih dewasa, jadi diri sendiri. Saya sedar mempunyai kemampuan dan kebolehan untuk melakukan sesuatu. Saya tidak pernah malu dengan sesiapa pun dan orang lain pun tidak perlu bersikap demikian,” kata Pulisic.

Antara kehebatan yang dimiliki pemain

Bawah 15 Tahun

(B-15) dan B-17 AS itu dia dikenali sebagai pemain yang memakai jersi nombor 10 di era moden.

Dengan ketinggian

1.73 meter, pemain kelahiran

Pennsylvan­ia dan mempunyai darah campuran

Croatia itu mampu melakukan kemahiran individu luar biasa terutama menggelece­k pemain lawan dengan tempo laju.

Dalam saingan liga musim lalu dia banyak diberi peranan untuk bermain di bahagian sayap dan tanpa sebarang kelemahan di kedua-dua belah kakinya, ia membolehka­n Pulisic beraksi di sebelah kanan mahupun kiri.

Mewakili kelab yang mempunyai sejarah tersendiri di Jerman memang satu pencapaian hebat buat Pulisic namun menjelang musim baru ini dia berazam untuk membantu pasukan menjulang kejuaraan liga.

“Kami mempunyai peluang terbaik untuk memenangi saingan liga musim ini,” katanya yang sebelum ini membuat pengakuan dia tidak berminat untuk berhijrah ke kelab musuh tradisi, Bayern

Munich seterusya meyakinkan peminat mengenai kesetiaann­ya.

 ??  ?? PROFIL
Nama penuh: Christian Mate Pulisic
Tarikh lahir:
18 September 1998 Tempat lahir: Pennsylvan­ia, Amerika Syarikat
Tinggi: 1.73m
Posisi: Pemain tengah, sayap
Kelab semasa: Borussia Dortmund Nombor jersi: 22 Pasukan kebangsaan: Amerika...
PROFIL Nama penuh: Christian Mate Pulisic Tarikh lahir: 18 September 1998 Tempat lahir: Pennsylvan­ia, Amerika Syarikat Tinggi: 1.73m Posisi: Pemain tengah, sayap Kelab semasa: Borussia Dortmund Nombor jersi: 22 Pasukan kebangsaan: Amerika...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia