Harian Metro

DOA KEJAYAAN

- Ferzalfie Fauzi ferzalfie@hmetro.com.my

Layak ke suku akhir Piala Malaysia dan menduduki tempat tiga terbaik di

Liga Super adalah impian menggunung penyokong setia Pahang, Fatin Amna Abd Manap walaupun setakat ini dia mengakui sendiri masih banyak kelemahan perlu diperbaiki.

Fatin yang setia menyokong Pahang tidak kira di zaman kejatuhan mahupun di zaman kegemilang­an, mengakui sendiri dia masih kurang berpuas hati dengan prestasi Pahang setakat ini terutama dalam saingan Piala Malaysia, selepas beberapa pasukan sudah melayakkan diri ke suku akhir.

“Bagaimanap­un, saya masih tabik kepada mereka kerana musim lalu berada di tangga kesembilan dan sekarang berada di antara tiga terbaik di Liga Super. Ia satu pencapaian yang baik walaupun berdepan pelbagai masalah termasuk jurulatih (Dollah Salleh) digantung,” katanya yang lahir di Kuala Terengganu.

Jelas gadis berusia 28 tahun itu, bagi meyakinkan peminat hingga hujung musim, Pahang harus mencari semu- la jalan untuk beraksi cemerlang seperti di awal musim hingga mampu mengundang kerisauan buat pasukan lain termasuk Johor Darul Ta’zim (Johor DT), Kedah dan Selangor.

“Saya mahu pemain terus bangkit dan berjuang habis-habisan hingga berjaya mara ke suku akhir, separuh akhir dan seterusnya final Piala Malaysia. Kedudukan dalam liga (tempat ketiga) juga harus dikekalkan ataupun berada di kedudukan lebih baik.

“Kecemerlan­gan ini mampu diraih dengan adanya beberapa pemain muda yang komited di tengah padang. Sekarang saya amat tertarik dengan kelebihan yang dimiliki pemain berusia 22 tahun, Nor Azam Abd Azih. Dia amat menonjol di posisi perancang,” kata Fatin.

Nor Azam berasal dari FELDA Jengka 21, Maran mempunyai kelebihan melakukan hantaran tepat ke pintu gol dan menarik perhatian pengendali baru skuad kebangsaan, Nelo Vingada.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia