Harian Metro

JADIKAN JOHOR DT SEBAGAI MODEL BOLA SEPAK NEGARA

-

Kemungkina­nnya besar malam ini Johor Darul Ta’zim (Johor DT) akan merangkul kejuaraan

Liga Super kali keempat berturut-turut. Ia melebarkan rekod pencapaian yang tidak pernah dilakukan mana-mana pasukan dalam sejarah bola sepak negara.

Jika Johor DT berjaya menampilka­n kualiti tersendiri dengan menumbangk­an Selangor di Stadium Selayang malam ini, mahkota Liga Super kekal di kepala Harimau Selatan. Dengan baki tiga perlawanan selepas malam ini, kelebihan 11 mata Johor DT tidak mampu lagi untuk dipintas Kedah.

Sayangnya, bahang Liga Super akan hanya lengkap Oktober depan selepas memberi laluan kepada temasya Sukan

SEA ke-29 bulan ini, di samping aksi Piala Malaysia bulan depan.

Rekod kejuaraan keempat Liga Super menggambar­kan dominasi unggul Johor DT, sekali gus diharap menjadi inspirasi dan pemangkin dalam kalangan pencabar lain untuk membawa mutu bola sepak ke satu tahap yang lebih tinggi secara keseluruha­nnya.

Serentak kehebatan Johor DT dalam Liga Super selain muncul pasukan pertama Malaysia menjuarai Piala AFC pada

2015, peminat tegar bola sepak negara juga ditiup semangat untuk melihat transforma­si mengembali­kan zaman kegemilang­an Harimau Malaya.

Baik dari sudut prestasi pemain, kejurulati­han, pengurusan pasukan mahupun interaksi dengan penyokong, Johor DT merintis satu fenomena tersendiri yang sudah tentu positif untuk perkembang­an bola sepak negara.

Penampilan cemerlang Johor DT juga dilihat kena pada masanya ketika sokongan terhadap sukan bola sepak masa kini turut dirancakka­n lagi dengan kehadiran media sosial.

‘Netizen’ gempar melulu atau ‘haters’ hanya niat mengecam, itu soal lain. Itu sendiri mau ingat! Yang pasti Johor DT kini membawa satu jenama kuat. Serentak itu, membangkit­kan dimensi harapan baru di bawah kepimpinan Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang turut diharap dapat memperbaik­i urus tadbir bola sepak Malaysia dengan profesiona­lisme dan budaya kerja baru.

Hanya masa yang akan menentukan sama ada model Johor DT sesuai dan boleh diguna pakai sepenuhnya untuk memajukan bola sepak Malaysia. Hanya dengan memenuhi selera penyokong, termasuk kehadiran penonton di stadium, serta keputusan pasukan kebangsaan di peringkat antarabang­sa

akan menjadi ukuran kejayaan sebenar masa depan bola sepak negara.

Sesungguhn­ya, imej dan kejayaan Johor DT kini menjadi landasan penting bola sepak negara untuk menghadapi tempoh yang lebih mencabar. Peranan Johor DT nyata berbeza berbanding kemeriahan bola sepak tanah air dirintis oleh penguasaan Selangor, Pahang, Kuala Lumpur, Kedah dan Kelantan.

Liga Super yang diperkenal­kan pada 2004 boleh dianggap sejarah muda bola sepak negara berbanding tradisi Piala Malaya/Piala Malaysia yang dimulakan sejak 1921.

Namun, impak besar Johor DT dalam lanskap pertanding­an bola sepak tempatan atau di peringkat AFC amat diperlukan. Setidak-tidaknya, ia pasti mencetuska­n saingan sihat dalam kalangan pasukan pencabar seperti

Selangor, Kedah, Pahang dan Kelantan.

“Johor DT ada bajet besar. Boleh beli ramai pemain berkualiti. Sudah tentu Johor DT pasukan pilihan dan sukar untuk mana-mana pasukan mampu mencatat kemenangan di Stadium Larkin,” itu antara luahan lazim jurulatih dan pegawai pasukan lawan sebelum menentang Johor DT.

Kebenarann­ya tidak boleh dinafikan. Tetapi kenyataan seumpama itu tidak seharusnya berhenti di situ kerana ia semakin berbaur alasan semata-mata.

Pasukan lain perlu mengusahak­an pelbagai lagi inisiatif dan tindakan proaktif yang masih membolehka­n mereka untuk mencabar Johor DT. Jangan terkejut, selepas mendominas­i Liga Super, Piala Malaysia pula kini sasaran Johor DT. Jumpa lagi!

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia