Harian Metro

SANTOKH MAHU FORMAT LAMA

-

Rasanya orang yang paling layak untuk bercakap mengenai Piala Malaysia adalah Datuk Santokh Singh yang beberapa kali membantu Selangor muncul juara pada 1970an dan 1980-an.

Kebetulan barubaru ini Spy Bola sempat berborak dengan bekas pemain bola sepak kebangsaan itu. Sudah agak lama kami tidak bertemu mahupun berhubung melalui telefon.

Satu hal yang membuatkan Spy Bola seronok berbual dengan Santokh adalah sikap berterus-terang beliau. Kalau tidak suka, beliau akan bercakap tanpa berkias atau berselindu­ng, ‘tembak’ terus secara tepat.

Sebaik saja Spy Bola buka mulut mengenai Piala Malaysia, Santokh terus meluahkan ketidakpua­san hatinya mengenai pertanding­an itu.

Selain soal jadual, beliau ternyata tidak bersetuju pertanding­an itu dibuka untuk penyertaan kelab seperti dilakukan sekarang.

“Kita sudah ada liga yang terbuka untuk pasukan negeri dan kelab. Ia memang bagus serta elok dikekalkan begitu.

“Tapi untuk Piala Malaysia, biarlah ia hanya untuk pasukan negeri, tidak kira pasukan itu bermain dalam Liga Super atau Liga Perdana.

“Dengan cara itu barulah Piala Malaysia ada kelainan serta mampu mengekalka­n prestij sebagai satu pertanding­an unggul,” kata Santokh.

Bagi Spy Bola, elok juga cadangan Santokh itu. Mungkin Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) boleh pertimbang­kan.

Spy Bola: Penyokong Kedah.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia