Harian Metro

300 pemilik RMMJ dapat kunci

-

Kuala Lumpur: SP Setia Berhad, selaku pemaju Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) Setia Business Park II menyerahka­n 300 kunci unit rumah kepada pemilik melalui cabutan undian.

Semua unit itu adalah rumah teres dua tingkat berkeluasa­n 18x60 kaki persegi berharga di antara RM150,000 hingga RM206,000 seunit.

Pengerusi SP Setia Tan Sri Dr Wan Mohd Zahid berkata, sebagai pemaju terkemuka di negara ini, SP Setia memberi komitmen untuk mewujudkan masyarakat yang menikmati gaya hidup sihat.

“Kami sentiasa menekankan aspek kualiti kehidupan yang baik termasuk elemen penting dalam semua perkembang­an komuniti kami,” katanya.

Di bawah inisiatif RMMJ, SP Setia membangunk­an 490 unit rumah teres berkembar iaitu Sri Senja (236 unit) dan Sri Embun (254 unit).

Dilancarka­n pada Mei 2017, unit harga sederhana berharga bermula dari RM150,000 hingga RM206,000 setiap satu.

Sementara itu, Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, inisiatif bersama SP

SP Setia komited mewujudkan masyarakat yang menikmati gaya hidup sihat”

Setia dan kerajaan negeri adalah contoh kepada pemaju lain meningkat dan melakukan perkara sama.

“Kerajaan negeri Johor mahu menyiapkan pembinaan 5,490 dan ditawarkan kepada pembeli menjelang hujung tahun ini.

“Ia membuktika­n kerajaan negeri komited mencapai sasaran membina 60,000 unit rumah mampu milik menjelang 2020. Malah, pembinaann­ya tidak terhad di Iskandar Malaysia, tetapi diperluask­an ke semua daerah di Johor,” katanya.

Dr Wan Mohd

 ??  ?? MOHAMED Khaled (tengah) bersama sebahagian penerima kunci RMMJ, semalam.
MOHAMED Khaled (tengah) bersama sebahagian penerima kunci RMMJ, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia