Harian Metro

TETAP SUKAR

 Ervin mahu ulangi kejayaan sukan golf 1989, 2001 pada Sukan SEA kali ini

- Ferzalfie Fauzi ferzalfie@hmetro.com.my

Beraksi di gelanggang sendiri sentiasa memberikan kelebihan buat pemain golf negara dan kali ini mereka mengharapk­an agar kecemerlan­gan pada 1989 serta 2001 dapat diulangi lagi di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 walaupun sedar ia bukannya satu tugas mudah.

Pemain golf negara, Ervin Chang berkata, dia yakin bahawa peminat tempatan akan memberi tumpuan kepada mereka terutama sekali selepas pencapaian terakhir pada 2001 yang diraih Airil Rizman Zahari, S Sivachandh­ran, Shaaban Hussin dan Sahal Saedin.

“Saya tahu dan sedar mengenai kejayaan yang diukir pada 1989 dan 2001. Dalam masa yang sama perbanding­an juga sudah mula dibuat dengan barisan pemain untuk temasya kali ini dan ia tidak dapat untuk dielakkan,” katanya yang akan berganding­an bersama tiga lagi pemain lain Galven Green, Chan Tuck Soon dan Danial Durisic.

Jelasnya, kejayaan yang diraih pemain dan nama-nama besar dalam sukan golf negara itu tidak akan memberikan bebanan buat mereka sebaliknya ia adalah satu

“Jika kami berjaya mengekalka­n prestasi ini dan bekerja lebih keras, saya yakin ia bukan

sesuatu yang mustahil

Ervin Chang

inspirasi untuk beraksi dengan cemerlang seterusnya mampu mencapai sasaran ditetapkan.

“Saya rasa kami sudah berjaya membuat persiapan dan persediaan dengan baik. Jika kami berjaya mengekalka­n prestasi ini dan bekerja lebih keras, saya yakin ia bukan sesuatu yang mustahil,” kata pemain berusia 19 tahun itu.

Malaysia berjaya meraih emas berpasukan pada 1989 melalui P Gunasegara­n, Johari Sulaiman, Saad Yusuf dan Wong Hung Nung.

Dalam masa sam,a Ervin juga berharap dapat memberi saingan kepada pemain dari Thailand, Singapura dan Indonesia untuk perebutan pingat emas individu lelaki.

Ervin bukan saja berjaya meraih tempat kedua di Terbuka Singapura tapi turut menduduki tempat kelima di Kejohanan Amatur MPI Saujana dan Kejohanan Amatur Taiwan Jun lalu.

Dalam acara wanita, Malaysia dibarisi Loy Hee Ying, Nur Durriyah Damian dan Ashley Lau namun mereka dijangka berdepan kesukaran untuk bersaing dengan pemain Thailand, Indonesia dan Filipina.

Kali terakhir pemain wanita negara berjaya meraih emas dalam acara berpasukan ialah pada 1993 di Singapura melalui trio Lim Ai Lian, Lim Siew Ai dan Dorothy Ng.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia