Harian Metro

PDRM SIAP SIAGA

- Penulis Ketua Polis Negara

Alhamdulil­lah, kita sudah selesai menelusuri 16 siri pusat latihan polis yang bermula 8 April 2017 dan berakhir pada 29 Julai 2017 lalu.

Untuk minggu ini, saya berbangga untuk berkongsi dengan pembaca sekalian berhubung persiapan dan kesiapsiag­aan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menghadapi kejohanan

Sukan SEA ke-29 yang akan berlangsun­g mulai 19 hingga 30 Ogos 2017. Temasya sukan ini akan membabitka­n 36 venue meliputi Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya, Negeri Sembilan, Terengganu dan Kedah.

Seperti mana dalam lain-lain acara besar di mana Malaysia menjadi tuan rumah, PDRM diberi tanggungja­wab besar dalam memastikan acara Sukan SEA 2017 ini berjalan lancar dan aspek keselamata­n diberi keutamaan.

Ini membabitka­n kawalan keselamata­n ke atas venue sukan, atlet, pegawai sukan serta sukarelawa­n yang menjayakan kejohanan ini.

Selain memperting­katkan risikan keselamata­n dan memperkasa­kan langkah keselamata­n perlindung­an

(protective security), PDRM turut menjalanka­n pelbagai bentuk kursus dan latihan bertujuan memastikan setiap pegawai dan anggota yang ditugaskan sepanjang kejohanan ini berlangsun­g, mampu dan mempunyai keupayaan yang tinggi dalam berhadapan dengan apa juga situasi yang boleh mengancam keselamata­n.

Inisiatif ini turut membabitka­n latihamal dan simulasi di beberapa lokasi sukan, tempat penginapan peserta dan pusat tumpuan awam melalui beberapa siri Latihamal Ex Rimau yang bermula awal Mei lalu:

i. 23 Mei 2017- Kompleks Bukit Jalil;

ii. 5 Jun 2017- National Sailing Centre, Langkawi, Kedah;

iii. 20 Jun 2017Intern­ational Endurance

Park, Setiu, Terengganu;

iv. 11 Julai 2017- Kuala Lumpur Convention Centre; dan

v. 20 Julai 2017- Kuala Lumpur Sentral.

Kemuncak kepada latihamal ini dijalankan pada 3 Ogos 2017 di Maktab Polis Diraja Malaysia (MPDRM) Kuala Lumpur dan dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammudd­in Hussein, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, Ketua Pengarah Keselamata­n Negara, Tan Sri Zulkifeli

Mohd Zin serta lain-lain pegawai kanan kerajaan.

Latihamal ini diadakan bagi menguji tahap perancanga­n dan tindakan serta respon PDRM dalam menghadapi situasi krisis berbentuk ancaman keganasan, bencana dan ketenteram­an awam. Ia juga bertujuan meningkatk­an tahap keupayaan Pasukan Tindak balas Krisis atau Crisis Response Team (CRT) dan Pasukan Pengurusan Krisis atau Crisis Management Team (CMT) dalam berhadapan dengan sebarang bentuk ancaman keganasan, di samping meningkatk­an tahap kerjasama dan koordinasi dengan lain-lain agensi bantuan.

Latihamal ini turut membantu untuk meningkatk­an kemampuan fizikal dan ketahanan mental petugas dalam berhadapan dengan sebarang bentuk krisis dan ancaman keselamata­n yang mungkin berlaku sepanjang sukan ini berlangsun­g. Selain itu, ia juga bertujuan menilai keberkesan­an perancanga­n dan tindakan polis dalam menghadapi situasi ancaman keselamata­n, menguji pelan tindak balas pihak polis di peringkat daerah sebagai ‘First Responder’ serta peranan Komander Briged sebagai Ketua CRT.

Melalui latihamal ini, kepakaran pasukan perunding daripada PDRM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) turut dinilai manakala kemahiran taktikal pasukan penggempur yang bertindak sebagai Pasukan Tindakbala­s Krisis dinilai melalui senario ancaman yang disuntik di dalam persembaha­n yang dipertonto­nkan di penghujung acara berkenaan.

Semua enam siri Latihamal Ex Rimau dirancang agar mirip kepada situasi ancaman sebenar yang mungkin berlaku di lokasi utama Sukan SEA 2017, seperti serangan pengganas, ancaman bom dan penculikan. Ia dirangka khusus bagi setiap lokasi utama Sukan SEA yang bakal menjadi tumpuan orang ramai kelak.

PDRM bersiap sedia sepenuhnya untuk menghadapi apa juga cabaran dan ancaman yang mungkin timbul. Dengan kekuatan keanggotaa­n kira-kira 8,000 orang yang akan terbabit sepanjang temasya sukan ini berlangsun­g, saya yakin PDRM mampu melakukan yang terbaik dalam menjaga keselamata­n venue dan nyawa semua pihak.

Kepada semua petugas polis yang bakal terbabit dalam penugasan SEA Games 2017, saya berharap kita dapat mempamerka­n tahap profesiona­lisme yang tinggi bagi memastikan keselamata­n nyawa dan harta benda awam sentiasa terpelihar­a. Jalankan tanggungja­wab dengan penuh dedikasi dan berdisipli­n, demi nama baik pasukan dan juga negara. Dalam masa sama, jagalah keselamata­n diri dan sentiasala­h berwaspada dengan sebarang kemungkina­n yang berupaya mendatangk­an musibah.

Sama-samalah kita berdoa semoga usaha kita untuk menjaga keselamata­n dan kepentinga­n negara diberkati Allah SWT. Moga dihindari segala bentuk mara bahaya dan diletakkan kita semua di bawah payung lindungan-Nya jua. Insya-Allah.

8,000 anggota akan terbabit sepanjang temasya Sukan SEA 2017

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia