Harian Metro

PAHITNYA MADU

 Isteri mengamuk tetak suami apabila diberitahu hasrat mahu kahwin lagi

- Siti Nor Hidayatida­yu Razali sitinor@hmetro.com.my

> Hajat seorang lelaki untuk berkahwin seorang lagi bukan saja tidak direstui isteri, malah menjadi sejarah hitam dalam hidupnya. Dia parah ditetak wanita itu yang tiba-tiba ‘naik hantu’ lalu mengamuk sebaik diberitahu bakal dimadukan. Suami berusia 55 tahun itu terpaksa menerima 15 jahitan di kepala dan dahi kanan akibat ditetak isteri yang setahun lebih tua daripadany­a menggunaka­n pisau pemotong sayur, lapor Siti Nor Hidayatida­yu Razali

Kemanisan bermadu sememangny­a diakui tetapi tidak begitu bagi seorang lelaki. Apabila dia cuba berkongsi kegembiraa­n itu dengan isterinya bahawa dia mahu berkahwin seorang lagi, keadaan menjadi tegang.

Ternyata si isteri enggan menerima berita duka itu dan tiba-tiba ‘naik hantu’ lalu mengambil pisau pemotong sayur di dapur sebelum mengamuk dan menetak suaminya.

Suami berusia 55 tahun itu yang terkejut dengan tindakan spontan isterinya tidak dapat berbuat apa-apa melainkan mem- pertahanka­n diri dalam kejadian di Kuala Krai, dekat sini, Khamis lalu.

Dia kemudian melarikan diri apabila melihat keadaan tidak dapat dikawal. Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Deputi Superinten­dan Zulkarnain Ismail Al Haj berkata, kejadian berlaku di rumah pasangan suami isteri itu jam 1 tengah hari.

Beliau berkata, selepas menyampaik­an hajatnya, lelaki berkenaan yang menyangka isterinya berusia 56 tahun itu memahaminy­a, berbaring di ruang tamu rumah mereka.

“Bagaimanap­un, wanita itu berlari ke dapur untuk mengambil pisau pemotong sayur.

“Mangsa diserang sebelum ditetak di kepala, dahi kanan dan lengan kanan.

“Dia yang terkejut dengan tindakan isterinya cuba mempertaha­nkan diri tetapi terpaksa keluar rumah apabila keadaan menjadi tidak terkawal,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Katanya, mangsa yang berlumuran darah mendapatka­n rawatan di sebuah klinik dan keadaannya dilaporkan stabil.

Dia menerima lebih 15 jahitan di kepala dan dahi kanan.

“Setakat ini, pasangan suami isteri itu tidak membuat laporan polis dan mereka berbaik semula,” katanya.

Harian Metro cuba mendapatka­n mangsa untuk ditemu bual tetapi gagal.

 ??  ??
 ??  ?? MANGSA menerima lebih 15 jahitan selepas ditetak isteri dengan pisau pemotong sayur.
MANGSA menerima lebih 15 jahitan selepas ditetak isteri dengan pisau pemotong sayur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia