Harian Metro

MEMANG ONAR ‘HABIB’

 Lelaki Asia Barat disyaki cabul tular di media sosial ditahan

- Rabi ‘Atul ‘Adawiyah Ismail dan Mohd Hasbi Sidek am@hmetro.com.my

Lelaki Asia Barat yang didakwa mempunyai ramai kenalan dalam kalangan kenamaan dan artis tempatan adalah individu sama yang ditahan polis selepas dikaitkan dengan kes cabul.

Video dan gambar lelaki terbabit menjadi tular di media sosial hingga menimbulka­n tanda tanya sama ada dia individu yang didakwa turut dikenali sebagai ‘pengamal perubatan’ terkenal.

Lelaki berstatus penduduk tetap itu ditahan polis selepas dipercayai terbabit dalam satu kes cabul dan video penahanann­ya tular di laman sosial sejak Sabtu lalu.

Suspek yang kononnya mampu mengubati penyakit sering hadir pada majlis agama dengan penampilan seperti pendakwah berikutan gemar memakai jubah dan serban.

Dia ditahan pada 3 Ogos lalu berhampira­n Masjid Wilayah Jalan Duta, di sini, oleh sekumpulan individu sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd Isa berkata, lelaki itu ditahan kerana disyaki mencabul kenalan wanitanya di sebuah flat di Sentul, di sini, dan direman lima hari sebelum dibebaskan dengan jaminan polis, semalam.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Penderaan dan Kanak-Kanak (D11) Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur,” katanya.

Difahamkan, lelaki terbabit berkenalan dengan seorang wanita berusia 20-an di Facebook (FB) pada 15 Julai lalu dan meminta wanita itu datang ke ibu kota untuk berjumpany­a di Masjid Wilayah Persekutua­n di Jalan Tuanku Abdul Halim, di sini.

 ??  ??
 ??  ?? SUSPEK ketika ditahan orang ramai. Gambar kecil, suspek dikatakan sering bergambar dengan kenamaan dan artis.
SUSPEK ketika ditahan orang ramai. Gambar kecil, suspek dikatakan sering bergambar dengan kenamaan dan artis.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia