Harian Metro

PONDAN MAUT DIHEMPAP PELANGGAN

- Fardy Bungga fardy@hmetro.com.my

 Dua lelaki warga asing ditahan selepas mak nyah mengaruk minta bayaran putus nyawa

Tindakan agresif seorang mak nyah meminta bayaran daripada lelaki warga Chile selepas mendakwa ‘melanggani­nya’ bertukar tragedi apabila dia maut selepas dihempap warga asing terbabit.

Dalam kejadian jam 5.30 pagi Jumaat lalu, mangsa berusia 26 tahun dikatakan mengekori tiga lelaki warga asing itu dari sebuah pusat hiburan di Jalan Petaling, di sini.

Bagaimanap­un sebaik tiba di lobi sebuah hotel di Jalan Pudu, berlaku pertengkar­an antara mangsa dan tiga suspek berusia lingkungan 25 hingga 30 tahunitu.

Mangsa meminta salah seorang daripada kumpulan itu membayar upah selepas mendakwa dilanggan oleh lelaki itu namun suspek menafikann­ya.

Berang dengan sikap suspek menyebabka­n mangsa bertindak agresif dengan menendang serta bergelut hingga menyebabka­n warga asing itu terjatuh.

Salah seorang suspek menghempap badan mangsa sebelum mereka meminta pekerja kaunter hotel berkenaan menghubung­i polis untuk mendapatka­n bantuan segera.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman berkata, sebaik menerima laporan, sepasukan anggota Unit Rondaan Bermotosik­al (URB) dikerah ke lokasi kejadian.

Katanya, suspek dilihat masih menindih badan mangsa yang berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Pihak ambulans yang tiba di lokasi mengesahka­n mangsa sudah meninggal dunia. Pemeriksaa­n lanjut pihak forensik juga mendapati tiada kecederaan pada badan mangsa.

Sukri berkata, ekoran insiden berkenaan, dua lelaki warga Chile ditahan di tempat kejadian manakala seorang lagi rakan mereka masih diburu.

 ??  ?? MOHD Sukri
MOHD Sukri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia