Harian Metro

Penyamun menerpa sebaik sampai di rumah

-

Georgetown: Laju macam pelesit. Itu yang berlaku apabila seorang penyamun menyelinap masuk ke kawasan rumah kakak ipar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang ketika itu berada dalam kereta dan baru pulang dari kerja dalam kejadian di Minden Heights, Gelugor, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 8.15 malam, suspek yang bertopi keledar dipercayai menggunaka­n spanar memecahkan cermin bahagian penumpang kereta sebelum melarikan beg milik mangsa.

Ketika itu, mangsa yang berusia 51 tahun dan bekerja sebagai doktor pakar di sebuah hospital swasta baru tiba di rumah dan membuka pintu pagar automatik.

Menurut sumber, sejurus tiba di pekarangan rumah, seorang lelaki bertubuh kurus menerpa serta memecahkan cermin bahagian penumpang sebelum mengambil beg yang diletakkan di bawah kaki tempat duduk penumpang dan melarikan diri dengan motosikal bersama rakannya yang menunggu di luar.

“Kejadian berlaku dengan pantas dan mangsa hanya luka kecil selepas terkena serpihan kaca cermin keretanya yang pecah itu.

“Hasil siasatan mendapati mangsa kerugian RM2,000

apabila wang tunai, telefon bimbit dan pelbagai dokumen peribadiny­a dilarikan,” katanya.

Sumber berkata, hasil siasatan di lokasi kejadian, polis menemui tiga kesan cap jari di pintu kereta mangsa dan setakat ini usaha memburu suspek giat dijalankan.

“Mangsa mendakwa suspek yang melarikan beg itu bertubuh kurus dan berusia 20-an, manakala rakannya tidak dapat dikenal pasti kerana menunggu di luar rumah,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) Pulau Pinang, Asisten Komisioner Rahimi Ra’ais mengesahka­n menerima laporan kejadian terbabit.

 ??  ?? RAKAMAN CCTV menunjukka­n suspek memecahkan cermin kereta dan melarikan beg milik mangsa, kelmarin.
RAKAMAN CCTV menunjukka­n suspek memecahkan cermin kereta dan melarikan beg milik mangsa, kelmarin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia