Harian Metro

Kasih sayang cinta buta

- Fardy Bungga fardy@hmetro.com.my

 Isteri sarat hamil rayu anggota AADK tidak tahan suami ketagih dadah Kebanyakan penagih ditahan ketika memandu kenderaan bersama keluarga masing-masing”

Hasnina Ibrahim

Terlalu sayangkan suami dan tidak sanggup berpisah. Itu alasan diberikan seorang wanita sarat hamil sejurus suaminya ditahan anggota Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), kelmarin.

Wanita berusia 28 tahun itu mengaku mengetahui tabiat suaminya ketika disoal siasat sejurus ditahan dalam operasi sekatan jalan raya di susur keluar Taman Melawati, di sini, jam 9 malam semalam.

Malah, wanita itu merayu kepada anggota AADK supaya melepaskan suaminya berikutan mempunyai anak yang masih kecil.

Bagaimanap­un, lelaki berusia 30 tahun itu tetap ditahan dan dibawa ke pejabat AADK Ampang untuk tindakan lanjut sebelum dibenarkan ikat jamin.

Lelaki terbabit ditahan selepas didapati positif syabu hasil ujian air kencing yang dijalankan dalam operasi selama tiga jam itu.

Ketua Pegawai AADK Ampang Hasnina Ibrahim berkata, pihaknya mendapati kebanyakan penagih ditahan ketika memandu kenderaan bersama keluarga masing-masing.

Katanya, tindakan itu bukan saja membahayak­an nyawa sendiri dan keluarga, tetapi juga pengguna jalan raya yang lain kerana memandu di bawah pengaruh dadah.

“Sepanjang operasi ini, kami menahan tujuh pengguna jalan raya yang didapati positif dadah. Empat daripadany­a positif syabu manakala selebihnya positif ganja.

“Semua penagih lelaki ini ditahan mengikut Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah (Rawatan & Pemulihan) 1983 dan mereka akan dirujuk ke mahkamah untuk mendapatka­n perintah sama ada dihantar ke pusat pemulihan ataupun dikehendak­i melapor diri setiap bulan di pejabat AADK untuk pemantauan,” katanya ketika ditemui, semalam.

Sehubungan itu, Hasnina menasihati masyarakat supaya segera melaporkan kepada pihak AADK sekiranya berlaku masalah penagihan dadah dalam kalangan ahli keluarga masing-masing.

Katanya, walaupun sukar menerima kenyataan ahli keluarga ditahan pihak berkuasa, namun tindakan membiarkan mereka terus bergeluman­g dalam gejala itu membawa kepada masalah jenayah lain yang lebih serius.

“Kita biasa terbaca di media massa mengenai kes keganasan yang dilakukan ahli keluarga sendiri. Kebanyakan­nya berlaku ketika berada di bawah pengaruh dadah.

“Pencegahan awal boleh dilakukan dengan menyalurka­n maklumat kepada AADK,” katanya.

 ??  ?? PENAGIH yang ditahan dalam operasi sekatan jalan raya di susur keluar Taman Melawati, semalam.
PENAGIH yang ditahan dalam operasi sekatan jalan raya di susur keluar Taman Melawati, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia