Harian Metro

Lizzy dakwa pendam hati pula

-

Penyanyi Elizabeth Tan, 24, menafikan penurunan mendadak berat badannya disebabkan pengambila­n dadah.

Ketika ditemui di majlis pelancaran single terbaru berjudul Darling, petang semalam, penyanyi yang mesra dengan panggilan Lizzy itu menjelaska­n dia hilang selera makan selepas putus cinta dengan bekas kekasihnya selain mengalami tekanan berikutan banyak memendam perasaan sejak kecil.

“Hanya ibu saja tahu masalah sebenar dan sanggup menyuapkan saya demi memastikan saya jamah sedikit makanan setiap hari.

“Cinta tidak kesampaian hanyalah penyebab.

Namun, bukan hanya itu punca mengapa saya berasa tertekan. Ia membabitka­n perjalanan hidup saya seawal usia 10 tahun, 14 tahun sehinggala­h kini.

“Saya suka memendam rasa, tidak banyak bercakap dan pemalu. Mungkin sikap ini yang memakan diri dan akhirnya buat saya rasa tertekan.

“Sebelum jadi sekuat sekarang, saya pernah hilang jati diri dan tidak kenal diri sendiri,” katanya sebak.

Pada pertemuan itu, penyanyi kelahiran Kuala Lumpur yang menempa nama menerusi lagu Knock Knock diikuti Setia dan Tabah ini turut menyatakan hasrat untuk bergiat aktif dalam dunia lakonan.

Teraju utama drama 20 episod, My Darling Inspektor Daniel itu mengakui kerjaya lakonan menjadi keutamaann­ya kini.

“Saya menjadi penyanyi disebabkan peluang. Setiap kali memuat naik nyanyian saya di YouTube, pasti ia tular. Saya pun tidak faham kenapa jadi begitu.

“Jadi, apabila dapat tawaran menjadi artis rakaman, saya terima kerana mahu sara hidup.

“Selepas dua kali menjayakan persembaha­n, saya mula hilang minat menyanyi tetapi terpaksa teruskan kerana ada permintaan.

“Berbeza dengan lakonan, saya memang suka berdialog depan cermin sejak kecil malah pernah berharat menyambung pengajian dalam bidang seni persembaha­n teater,” katanya.

 ??  ?? BELLA
BELLA
 ??  ?? ELIZABETH akui cinta tak kesampaian.
ELIZABETH akui cinta tak kesampaian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia