Harian Metro

‘Tak puas hati jumpa saya’

- Michelle Gun michellegu­n@hmetro.com.my

 Kekasih pertahan kenyataan Afifah

Kekasih pelakon Afifah Nasir, Wan Ariff Wan Azhar meminta penyanyi Aliff Aziz bersemuka dengannya sekiranya tidak berpuas hati terhadap kenyataan yang dimuat naik di Instagram, petang tadi.

Wan Ariff bertindak mempertaha­nkan pelakon drama Izinkan Aku Mencintaim­u itu selepas Aliff mendakwa penjelasan Afifah pada sidang media, kelmarin sebagai mengarut.

Menerusi statusnya, Wan Ariff menegaskan mengetahui kandungan setiap mesej yang dibalas Afifah terhadap Alif yang turut membintang­i drama terbabit.

“Afifah berani sumpah menggunaka­n al-Quran dia tidak pernah menyimpan perasaan terhadap awak. Itu semua sebahagian daripada lakonan untuk melayan perangai awak yang kebudak-budakan.

“Afifah menceritak­an segalanya kepada saya tanpa perlu bertanya. Terus menafikann­ya, Allah mengetahui,” tulisnya.

Menerusi status itu juga lelaki terbabit mendakwa mengetahui sikap licik Aliff ketika di dalam dan luar set penggambar­an.

“Kami cuba menyelesai­kan masalah ini dengan awak, namun awak masih mahu melawan balik.

“Alhamdulil­lah, selepas dibebaskan awak meminta maaf secara terbuka atas perbuatan awak terutamany­a terhadap isteri yang tidak sepatutnya menerima layanan sedemikian.

“Saya menghormat­i tindakan awak, tetapi awak buat saya marah apabila membabitka­n Afifah,” tulisnya.

Wan Ariff turut memaklumka­n akan menemani Afifah ke set penggambar­an Izinkan Aku Mencintaim­u pada Khamis ini.

 ??  ?? ALIFF
ALIFF

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia