Harian Metro

Dituduh ubah wang haram RM7.8j

-

Johor Bahru: Tiga pengarah syarikat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, semalam terhadap 50 pertuduhan berasingan pengubahan wang haram berjumlah keseluruha­n RM7.8 juta.

Abdul Razak Suib, 58; Chang Wan Ning, 27, dan Wong Chin Sheng, 42, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Hakim Mohamad Khalid Ab Karim, Hakim Kamarudin Kamsun dan Hakim Muhammad Fauzi Mohamad Nasir.

Terdahulu, Abdul Razak yang juga Pengarah Eastern Global Capital Sdn Bhd berdepan 40 pertuduhan pengubahan haram, Chang yang juga Pengarah Syarikat Vantage Instinct Sdn Bhd (enam pertuduhan) dan Wong Pengarah South Eminent Resources Sdn Bhd empat pertuduhan.

Berdasarka­n kertas pertuduhan, mereka didakwa terbabit dalam pengubahan wang haram menggunaka­n akaun milik syarikat untuk menerima wang daripada hasil aktiviti haram dan didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dipenjara tidak melebihi 15 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau peralatan pada masa kesalahan

dilakukan atau RM5 juta atau mana yang lebih tinggi.

Semua kesalahan itu dilakukan antara 9 November 2011 hingga 10 September 2015.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Peguam Negara, Nor Ashikin Mokhtar, Steve Chin Yun Cheong dan Kesinee Aiyalu Parthasara­thee, manakala Chan diwakili peguam Lau Kok Guan dan Irwin Ng, Wong diwakili peguam bela Mohd Fahmi A Jalil dan Abdul Razak tidak diwakili peguam.

Terdahulu kes membabitka­n ketiga-tiga individu berkenaan dituduh secara berasingan di tiga Mahkamah Sesyen 1, 2 dan 3.

Pada masa sama, semua tertuduh berdepan satu pertuduhan menjalanka­n perkhidmat­an wang tanpa lesen dan melakukan kesalahan mengikut Seksyen 4(1) Akta Perniagaan Perkhidmat­an Wang 2011.

Kesalahan itu menyebabka­n mereka didakwa mengikut Seksyen 7 Akta Perniagaan Perkhidmat­an Wang 2011 iaitu perniagaan pengiriman wang.

 ??  ?? CHANG (kiri) dan Abdul Razak diiiringi anggota polis di pekarangan mahkamah.
CHANG (kiri) dan Abdul Razak diiiringi anggota polis di pekarangan mahkamah.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia