Harian Metro

‘Saya tak berlagak’

- Najiy Jefri najiy.jefri@hmetro.com.my

Pelakon dan pengarah handalan Syamsul Yusof menjelaska­n tindakan memuat naik satu nota di akaun Twitter miliknya yang mengaitkan pelakon Redza Minhat bukan kerana berlagak terutama selepas memenangi trofi Pengarah Terbaik di Festival Filem Asia Pasifik Ke-57.

Bagaimanap­un Syamsul, 33, berkata, dia hanya mahu menyedarka­n pelakon itu supaya tidak lantang mengkritik atau mempersoal­kan kejayaan seseorang seperti yang pernah dilakukan kepada dirinya sebelum ini.

“Ini bukan soal lupa diri, tetapi saya ingin menegur jangan ingat kita lebih bagus daripada orang lain. Selain itu, jangan pernah rasa kita lebih hebat dan orang lain semuanya gagal. Prinsip saya mudah, kalau sesebuah filem itu berjaya, kita perlu hormat karya itu. Apa yang saya lakukan ini hanyalah untuk menyedarka­n dirinya saja. Saya harap dia faham.

“Cuba contohi sikap pengarah hebat lain seperti Datin Paduka Shuhaimi Baba, walaupun menghasilk­an filem seni, beliau tak pernah menghakimi karya orang lain,” katanya.

Menurut Syamsul, sebelum ini Redza banyak mempertika­ikan kejayaan filem arahannya termasuk karya lain yang berjaya di laman

 Syamsul muat naik nota tegur kritikan Redza Minhat

sosialnya sekali gus menimbulka­n rasa kurang selesa.

“Saya nak tanya berapa banyak filem dia dah buat? Tak tahulah kalau dia berada di kedudukan saya sekarang, bagaimanal­ah agaknya dia menilai hasil kerja orang lain. Kalau dia rasa apa dia buat itu adalah atas dasar hak kebebasan bersuara atau sekadar mengkritik, apa perasaanny­a jika saya buat perkara yang sama terhadap karyanya,” katanya.

Anak kepada Datuk Yusof Haslam itu diminta mengulas pendapat netizen yang berasa tindakanny­a itu keterlalua­n dan tidak wajar dipolemikk­an di laman sosial, Syamsul berkata dia mengaku tidak dapat mengawal emosi ketika itu.

“Saya tahu seeloknya saya perlu bersabar dengannya tapi ini yang terbaik untuk menyedarka­n dia,” katanya.

Terdahulu pengarah filem Munafik itu memuat naik nota di laman Twitter miliknya mempersoal­kan tindakan segelintir penggiat seni termasuk Redza yang didakwa tidak berpuas hati setiap kali dia meraih kejayaan termasuk kemenangan­ya di Festival Filem Asia Pasifik Ke-57 kategori Pengarah Terbaik.

 ??  ?? YUSOF menunjukka­n trofi yang dimenangi.
YUSOF menunjukka­n trofi yang dimenangi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia