Harian Metro

Inspektor berseluar dalam dicekup di tandas wanita

-

Alor Setar: Seorang pegawai polis berpangkat inspektor ditahan bersama sepaket syabu di sebuah tandas wanita pusat beli-belah, di sini, kelmarin.

Lebih mengejutka­n ketika ditahan lelaki itu hanya memakai seluar dalam.

Ketua Polis negeri, Datuk Asri Yusoff berkata, penahanan suspek berusia 32 tahun itu dibuat berikutan maklumat yang tular di media sosial mengenai kelakuan seorang pegawai polis yang sering memasuki tandas wanita di pusat beli-belah di bandar raya itu sebelum ini.

“Tangkapan dilakukan sekitar jam 12.30 tengah malam selepas polis menerima maklumat seseorang menimbulka­n suasana tidak senang dalam kalangan pengunjung.

“Anggota polis peronda yang dimaklumka­n mengenai kejadian itu tiba untuk siasatan dan mendapati seorang lelaki yang tidak berpakaian dan hanya berseluar dalam di tandas wanita di tingkat empat pusat beli-belah itu,” katanya dalam kenyataan media semalam.

Asri berkata, anggota polis yang menahan lelaki itu mendapati dia seorang pegawai kanan polis selepas kad kuasa ditemui bersamanya.

“Pemeriksaa­n menemui satu paket syabu seberat 0.62 gram dalam beg yang dibawa.

“Saringan ujian air kencing suspek didapati positif methamphet­amine dan dia direman tujuh hari bermula hari ini (semalam) mengikut Seksyen 12 (2), Akta Dadah Berbahaya 1952 untuk siasatan lanjut,” katanya.

Sementara itu, sumber berkata, suspek berasal dari Kuching, Sarawak dan berkhidmat dengan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah.

Dia berkhidmat sejak 2005 dan pernah bertugas sebagai pegawai penyiasat di Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda dan pegawai gerakan di IPK Kedah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia