Harian Metro

‘Ayah tak payah datang ambil Nur’

-

Jertih: “Ayah tak payah datang ambil biar Nur suruh sepupu mari ambil,” kata Nurnasibah Husna Ibrahim, 21, kepada ayahnya, Ibrahim Abd Kadir, 51, sebelum meninggal dunia dipercayai lemas selepas terperangk­ap di bawah bot pelancong yang dinaikinya terbalik dalam kejadian berhampira­n Pulau Rhu, dekat sini, semalam.

Ibrahim berkata, anak sulungnya dari empat beradik itu tidak mahu menyusahka­nnya untuk menjemputn­ya apabila pulang dari Pulau Perhentian.

Menurut pesara tentera itu, Nurnasibah adalah penuntut tahun dua di Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan anaknya ada meminta izin untuk menyertai program terbabit di pulau berkenaan.

“Saya tidak menyangka permintaan arwah supaya tidak menjemputn­ya sekembali dari pulau adalah yang terakhir,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Besut, di sini, semalam.

Lima mangsa menerima rawatan di Klinik Kesihatan Kuala Besut manakala sembilan lagi dihantar ke Hospital Besut kerana mengalami cedera ringan dan untuk pemeriksaa­n kesihatan.

Ibu mangsa, Rosnani Abdullah, 46, pula berkata, dia reda dengan pemergian anaknya itu walaupun arwah sebagai anak sulung menjadi harapan keluarga.

Menurutnya, kali terakhir dia bertemu anaknya itu adalah pada Khamis lalu sebelum arwah pergi mengikuti satu program di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan kemudianny­a pergi ke Pulau Perhentian pagi kelmarin.

Sementara itu, mangsa yang selamat, Umi Nor

Ansha Noordin, 23, berkata, tidak ada ombak besar ketika kejadian itu tetapi secara tiba-tiba bot mereka naiki berpusing beberapa kali sebelum terbalik.

Menurutnya, dia bernasib baik kerana memakai jaket keselamata­n ketika kejadian dan diselamatk­an pengemudi bot pelancong dan nelayan yang lalu di kawasan terbabit.

Katanya, kejadian berlaku dengan pantas dan tidak sangka kejadian seperti itu menimpanya kerana keadaan ombak di kawasan terbabit tidak bergelora.

“Kami menyertai program persendiri­an yang mengumpul penuntut anak Kelantan yang menuntut di pusat pengajian tinggi tempatan.

“Seramai 60 orang yang menyertai program berkenaan sejak semalam (kelmarin) sebelum kami semua bertolak pulang dari Pulau Perhentian kira-kira jam 11.30 pagi tadi (semalam),” katanya yang masih dalam keadaan terkejut ketika ditemui di Hospital Besut.

 ??  ?? AMBULANS membawa mangsa bot pelancong terbalik bagi susulan rawatan.
AMBULANS membawa mangsa bot pelancong terbalik bagi susulan rawatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia