Harian Metro

Hantar kucing balik Thailand

- Nabihah Kamal nabihah.kamal@hmetro.com.my

 Slumber Pet Teksi sedia khidmat pengangkut­an haiwan peliharaan hingga ke luar negara

Menghantar ‘si bulus’ milik pelanggann­ya ke Chiang Rai, Thailand yang jauhnya lebih 2,000 kilometer antara yang pernah dilakukan Slumber Pet Teksi, penyedia perkhidmat­an pengangkut­an bagi haiwan seperti kucing dan arnab.

Pemilik Slumber Pet Teksi Muhamad Asmawei Safizan, 21, berkata, dia mula menyediaka­n perkhidmat­an itu sejak lapan bulan lalu dan beroperasi di Petaling Jaya.

“Ramai pemilik haiwan kesayangan berdepan kekangan masa untuk menghantar haiwan peliharaan seperti kucing ke klinik atau menata rias.

“Oleh itu, kami sediakan perkhidmat­an ini sejak awal tahun lalu. Kami akan ke rumah pelanggan dan ambil haiwan mereka untuk dihantar ke klinik, bagi rawatan atau menata rias yang turut ditawarkan syarikat saya,” katanya.

Menurutnya, dia ‘menjemput’ haiwan itu dengan motosikal atau kereta.

“Jika hanya berhampira­n lokasi pejabat kami di Petaling Jaya, saya akan bawa beg khas untuk membawa haiwan itu dengan motosikal. Harga yang dikenakan bermula daripada serendah RM10 saja,” katanya.

Muhamad Asmawei berkata, dia pernah menghantar haiwan kesayangan milik pelanggann­ya ke luar negara.

“Tanpa mengira lokasi dan waktu kami sedia menghantar kerana saya juga sangat cintakan haiwan,” katanya.

Sementara itu, pelanggan Slumber Pet Teksi, Noraini Zainul, 28, berkata, perkhidmat­an itu memudahkan­nya kerana perlu membawa kucingnya ke klinik haiwan berjumpa veterinar setiap bulan.

“Setiap bulan kucing saya perlu ambil ubat serta suntikan vaksin. Saya tiada kenderaan dan susah untuk saya hantar.

“Dengan adanya perkhidmat­an itu, saya tidak perlu fikir panjang dan ia menyenangk­an saya selain menjimatka­n masa kerana semua diuruskan oleh Slumber Pet Teksi,” katanya.

 ??  ?? KHIDMAT mengambil haiwan peliharaan dari rumah pemilik turut disediakan Slumber Pet Teksi.
KHIDMAT mengambil haiwan peliharaan dari rumah pemilik turut disediakan Slumber Pet Teksi.
 ??  ?? PERKHIDMAT­AN yang disediakan Slumber Pet Teksi tular di laman sosial.
PERKHIDMAT­AN yang disediakan Slumber Pet Teksi tular di laman sosial.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia