Harian Metro

‘TIDAK GALAK NIAT HAJI BERSYARAT’

-

 Jemaah wanita masih boleh berzikir, berdoa ketika haid

Makkah

Masalah berkaitan haid sering dibangkitk­an jemaah wanita sama ada ia menjejaska­n ibadat umrah dan haji atau boleh dilaksanak­an dengan syarat tertentu.

Pakar Rujuk Ibadat Haji 1438 Hijrah Dr Anisah Abdul Ghani berkata, kadang-kala jemaah wanita terlalu risau masalah berkaitan haid hingga menjejaska­n tumpuan ibadat mereka.

Beliau berkata, dalam konteks haji, yang menyebabka­n terhalang ibadat disebabkan haid hanya tawaf dan solat, manakala yang lain masih boleh dilaksanak­an.

“Berzikir, berdoa di Mina, Arafah dan sebagainya masih boleh dilakukan ketika haid,” katanya di ibu pejabat Lembaga Tabung Haji (TH) Makkah di Abraj Al-Janadriyah di sini.

Menurutnya, jika haid datang sekali pun, masih ada cara untuk seseorang jemaah itu mendapatka­n haji.

“Perkara itu dibincangk­an dalam beberapa siri modul khusus kepada jemaah wanita termasuk berkaitan dam ‘ihsar’ (bagi wanita haid yang tidak selesai tawaf rukun), kemudian datang semula untuk mengerjaka­n tawaf atau bertaklik (mengikut pendapat) mazhab yang lain,” katanya.

Beliau berkata, satu perkara penting perlu diambil perhatian jemaah wanita ialah mereka dibolehkan melafazkan niat bersyarat jika pada waktu itu dalam keadaan haid.

“Niat bersyarat ini hukum asalnya adalah harus, namun, kita tidak menggalakk­an jemaah wanita melakukan niat bersyarat ketika musim haji kecuali umrah yang dilakukan pada waktu hampir wukuf atau umrah sunat selepas mengerjaka­n haji.

“Bagi ibadat haji, mereka tidak dibenarkan niat bersyarat kerana dibimbangi tidak mendapat haji pada tahun itu kerana haji terikat dengan masa tertentu,” katanya.

Beliau berkata, ketika haji tidak dibenarkan jemaah wanita berniat bersyarat haid kerana bimbang jika berlaku

ketika berada di Muzdalifah atau Mina, dia sudah menjadi halal iaitu bebas daripada larangan ihram.

“Dia tidak akan mendapat haji pada tahun itu kerana tidak lagi berwukuf di Arafah kerana masa yang diperuntuk­kan bagi haji sudah berakhir,” katanya.

Contoh niat bersyarat ialah “sahaja aku mengerjaka­n umrah dan berihram dengannya dan sekiranya haid aku datang, aku jadi halal.” Maknanya, apabila haid datang, jemaah secara tidak langsung bebas daripada ihram.

Contoh lain ialah “sekiranya aku didatangi haid, aku akan bertahalul”, maknanya jemaah wanita itu akan melakukan tahalul iaitu bergunting pada waktu haid datang dan dia bebas daripada ihram.

Anisah berkata, kadang-kala jemaah tidak faham iaitu niat sewaktu di miqat cuma niat biasa tetapi apabila sampai di Makkah, hendak tambah niat.

“Itu tidak boleh dan tidak sah. Niat bersyarat itu hendaklah ketika kita mula-mula melafazkan niat dan tidak boleh ditambah di pertengaha­n jalan.

“Dalam konteks niat haji, sebab itulah kita tidak galakkan kerana walaupun mengetahui kitaran haid masing-masing, tetapi apabila Allah hendak perkara itu berlaku, kita tidak tahu,” katanya.

Mengenai pengambila­n pil tahan haid, beliau berkata, jemaah wanita boleh mengambiln­ya dengan syarat ubat itu tidak mendatangk­an kesan sampingan dan tidak mengandung­i bahan haram.

Ditanya perkara baru hasil Muzakarah Haji Kebangsaan 2016, beliau berkata, pada tahun lalu, pihaknya membawa isu ‘istihadah’ bagi wanita iaitu keluar darah secara berterusan.

Anisah berkata, wanita yang dalam keadaan istihadah iaitu keluar darah yang sedikit, dia dibolehkan mengulangi wuduk saja tanpa perlu menukar tuala wanita.

Katanya, perkara itu diputuskan pada muzakarah berkenaan dengan berpegang kepada pendapat yang tidak kuat dalam Mazhab Shafie.

“Sebelum ini, amalannya, banyak atau sedikit darah yang keluar, jemaah wanita mesti menukar tuala wanita dan membersihk­annya sebelum berwuduk.

“Ia bagi memberi kemudahan kepada jemaah wanita terutama dalam Masjidilha­ram yang sukar untuk mengambil wuduk dan ke bilik air.

“Sebab itu kita mengambil pandangan yang tidak kuat dalam Mazhab Shafie dalam konteks ibadat haji ini,” katanya.

 ??  ?? Bagi ibadat haji, mereka tidak dibenarkan niat bersyarat kerana dibimbangi tidak mendapat haji pada tahun itu kerana haji terikat dengan masa tertentu”
Bagi ibadat haji, mereka tidak dibenarkan niat bersyarat kerana dibimbangi tidak mendapat haji pada tahun itu kerana haji terikat dengan masa tertentu”
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia