Harian Metro

Berkat simpan pemberian adik-beradik

-

Kelana Jaya: Jika diizinkan Allah segala yang tampak mustahil masih boleh menjadi kenyataan.

Itu situasi dialami seorang wanita warga emas yang tidak mempunyai pekerjaan dan tiada anak, tetapi mampu ke Tanah Suci hasil daripada menyimpan wang yang diberikan adik-beradiknya.

Hapsah Long, 65, berasal dari Kampung Baru, Kuala Lumpur berkata, dia tidak mempunyai sebarang pekerjaan dan kehidupann­ya selama ini hanya dibantu oleh adik-beradiknya yang lain.

Dia yang tidak berkahwin berkata, adik-beradiknya akan memberikan wang pada Aidilfitri dan akan menggunaka­n sebaik mungkin termasuk menyimpan untuk ke Tanah Suci. “Kebanyakan orang bertanya mengenai sumber kewangan pasti tidak percaya bahawa ia hasil daripada pemberian adik beradik.

“Pemberian itu bukan banyak cuma dalam jumlah RM10 hingga RM50 saja dan ia diberikan pada hari tertentu, namun ia mampu membawa saya ke Tanah Suci,” katanya yang menyimpan wang sejak 15 tahun lalu.

Hapsah berkata, kesempatan­nya menunaikan haji pada tahun ini begitu bermakna apabila adiknya Normah Long, 63, turut serta ke sana.

“Saya dan adik menaiki penerbanga­n sama, walaupun ia tidaklah dirancang namun Alhamdulil­lah, Allah memberi kesempatan untuk kami pergi bersama,” katanya.

Bagi memastikan tahap kesihatann­ya berada pada tahap optimum, dia lebih menjaga pemakanan dengan elak makan makanan berlemak serta tidak minum air manis.

 ??  ?? HAPSAH bersama Normah di Kompleks Tabung Haji.
HAPSAH bersama Normah di Kompleks Tabung Haji.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia