Harian Metro

Kejar ijazah usia senja

-

Latar belakangny­a yang empat kali gagal dalam Malaysian Certificat­e of Education (MCE) dan kini Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)) menjadi pencetus semangat menuntut ilmu sehingga pada usia emas.

Bagi menyuntik semangat kepada anaknya supaya terus berjaya, jurujual insurans hayat, Anthony Santhana George, 63, kini melanjutka­n pelajaran dengan mengikuti rancangan Pengajian Jarak Jauh (PJJ) dalam Ijazah Sarjana Muda Pengurusan di Universiti Sains Malaysia (USM).

Bercerita mengenai kehidupann­ya, Anthony berkata, dia dibesarkan dalam keluarga kurang berkemampu­an dan ayahnya ketika itu bekerja sebagai pembantu pejabat di bank.

Sudahlah tidak berpeluang menikmati peluang pendidikan lebih baik, bapa pula meninggal dunia ketika dia berusia 16 tahun menyebabka­n Anthony bekerja di Majlis Perbandara­n Pulau Pinang (MPPP) (kini Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP)) sebagai pembantu pejabat selain melakukan beberapa pekerjaan lain.

“Walaupun menanggung keluarga pada usia muda, saya tidak pernah jadikan ia alasan tidak menuntut ilmu, malah pernah mengambil kertas ulangan Bahasa Melayu bagi MCE tujuh kali bagi mendapat kepujian.

“Ini cara saya dorong tiga anak supaya terus berjaya dalam bidang diminati dan kini semuanya bekerja serta melanjutka­n pelajaran dalam bidang kejurutera­an,” kata Anthony yang turut mendapat sokongan isteri, Faith Angela, 60.

Beliau antara pelajar diraikan dalam Majlis Sambutan Siswa dan Ikrar Pelajar Baru, Program Siswa Lestari Rancangan PJJ, di USM, semalam dan dihadiri Naib Canselor USM Prof Datuk Dr Asma Ismail.

Pada program itu, 1,328 pelajar sidang akademik 2017/2018 ditawarkan bagi mengikuti program ijazah sarjana muda di Pusat Pengajian PJJ menerusi empat rancangan pengajian utama iaitu Ijazah Sarjana Muda Sains, Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarak­atan, Ijazah Sarjana Muda Sastera dan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan.

“Setakat ini, empat NGO dikenal pasti digerakkan Syiah. Gerakan berasaskan pertubuhan kebajikan ini dikesan melakukan bantuan kemasyarak­atan yang menyasarka­n golongan miskin. Dalam masa sama, mereka menyebar fahaman Syiah,” katanya.

“Sebab itu mereka menempatka­n tokoh atau ahli Syiah dalam bidang utama ini. Dari segi dana, kami tahu ada suntikan dari luar negara, selain aktiviti perniagaan yang mereka kembangkan dalam negara,” katanya.

Beliau berkata, Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia meneruskan pemantauan

selain berkongsi maklumat dengan pihak berkuasa agama di setiap negeri bagi membantera­s penularan gerakan Syiah.

“Kita tidak boleh biarkan gerakan ini memusnahka­n keamanan negara. Jika dibiarkan, bukan perkara mustahil Malaysia yang aman menjadi huru-hara seperti Syria dan Iraq,” katanya.

Harian Metro sejak Isnin lalu melaporkan pengikut Syiah kian bertambah selain keberanian mereka menyertai demonstras­i jalanan membuktika­n mereka berada di fasa baru yang dibimbangi menggugat keselamata­n negara.

 ??  ?? ANTHONY (kanan) mengangkat ikrar pada Majlis Sambutan Siswa dan Ikrar Pelajar Baru, Program Siswa Lestari Rancangan PJJ, di USM, semalam.
ANTHONY (kanan) mengangkat ikrar pada Majlis Sambutan Siswa dan Ikrar Pelajar Baru, Program Siswa Lestari Rancangan PJJ, di USM, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia