Harian Metro

Banteras berterusan bukan bermusim

-

Kuala Lumpur: Penerapan fahaman mengenai bahaya gerakan Syiah kepada masyarakat selain penguatkua­saan daripada pihak berwajib perlu dilakukan berterusan.

Timbalan Yang Dipertua Persatuan Ulama Kedah Abdullah Din berkata, isu Syiah yang berkait langsung dengan akidah perlu dibanteras secara berterusan bukan bermusim.

“Isu membantera­s Syiah perlu berterusan tanpa henti sama ada dari segi penguatkua­saan ataupun penerangan kepada masyarakat bagi membangkit­kan kesedaran bahaya fahaman ini,” katanya.

Menurutnya, jumlah penganut Syiah di negara ini yang mencecah jutaan orang tidak tepat.

“Pemimpin Syiah tempatan beberapa tahun lalu dakwa penganut mereka ada sejuta. Pada kajian saya, ia satu (jumlah) yang tidak tepat ataupun mengarut. Ini hanya propaganda dimainkan mereka (pemimpin Syiah),” katanya.

Abdullah berkata, masyarakat juga perlu mengelak membantu mengembang­kan ekonomi pengikut

Syiah secara langsung atau tidak.

“Jika kita tahu sesuatu perniagaan atau syarikat itu didalangi serta dimiliki golongan Syiah, elakkan berurusan dengan mereka. Dana diperoleh daripada perniagaan itu digunakan untuk mengembang­kan kembali ideologi dan fahaman Syiah pada masyarakat,” katanya.

Abdullah berkata, isu Syiah menyertai demonstras­i memperjuan­gkan nasib rakyat Palestin bukan perkara baru.

“Dalam pengetahua­n saya, sejak dua tahun lalu, mereka bersama badan bukan kerajaan (NGO)terbabit aktiviti ini. Tetapi, perlu dielakkan (pembabitan) sekiranya aktiviti itu dianjurkan Syiah. Semua pihak perlu berhati-hati agenda di sebaliknya,” katanya.

 ??  ?? kelmarin depan Harian Metro, LAPORAN muka
kelmarin depan Harian Metro, LAPORAN muka
 ??  ?? ABDULLAH
ABDULLAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia