Harian Metro

Tinggal jasa besar

- Izlaily Nurul Ain Hussein izlaily@hmetro.com.my

 Bapa Pembanguna­n Bola Sepak Johor hembus nafas terakhir

“Abah mencintai bola sepak, sukan itu sebati dengan jiwanya,” kata Norliza Suleiman, 52, anak bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Suleiman Mohd Noor yang juga digelar Bapa Pembanguna­n Bola Sepak Johor yang menghembus­kan nafas terakhir pada jam 7.50 malam kelmarin di Hospital KPJ Pakar Puteri, di sini, selepas lebih sebulan uzur.

Norliza berkata, kali terakhir bertemu Allahyarha­m pada Ahad lalu sebelum bapanya dibawa ke hospital kelmarin.

“Abah sakit sejak bulan puasa lalu, namun selepas raya, kesihatann­ya beransur pulih. Abah boleh duduk dan makan sendiri. Malah, malam kelmarin (Ahad), abah boleh bergelak ketawa dan bergurau bersama cucunya.

“Saya agak terkejut dengan pemergian abah kerana saya dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dan diberitahu suami dia hendak membawa abah ke hospital, tetapi dia memaklumka­n abah dalam keadaan baik.

“Ketika di Seremban, saya mendapat berita abah meninggal dunia dan terus berpatah balik,” katanya ketika ditemui pada majlis pengebumia­n Allahyarha­m di Tanah Perkuburan Islam Ar-Raudhah, Taman Mount Austin, di sini, semalam.

Majlis pengebumia­n tokoh dunia bola sepak itu dihadiri 200 saudara-mara dan kenalan pada jam 11 pagi semalam.

Sementara itu, bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Datuk Ayub Mion menyifatka­n ciri kepemimpin­an Allahyarha­m adalah yang terbaik.

“Arwah seorang pemimpin yang baik. Ketika saya mula menjadi pegawai kadet, beliau adalah Timbalan Pesuruhjay­a Tanah dan beliau banyak mengajar saya,” katanya yang mengenali Allahyarha­m sejak 1970.

Pada Februari tahun lalu, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim memberi penghargaa­n terhadap sumbangan Allahyarha­m dengan menamakan pusat latihan pasukan Johor Darul Ta’zim (Johor DT) sebagai Pusat Latihan Tertutup Dato’ Suleiman Mohd Noor.

 ??  ?? NORLIZA (duduk) bersama ahli keluargany­a menabur bunga di pusara bapanya di Tanah Perkuburan Islam Ar-Raudhah, Taman Mount Austin.
NORLIZA (duduk) bersama ahli keluargany­a menabur bunga di pusara bapanya di Tanah Perkuburan Islam Ar-Raudhah, Taman Mount Austin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia