Harian Metro

Galang ganti nyawa anak

 Lelaki Arab Saudi buka jaket keselamata­n sebelum terjun jet ski mati lemas

- Rudy Syareme Sheriffudi­n am@metro.com.my

“Saya tidak tahu punca kejadian, tetapi difahamkan mangsa cuba menyelamat­kan nyawa anak perempuann­ya yang jatuh dari jet ski,” kata seorang budak pantai selepas terlihat seorang lelaki warga Arab Saudi lemas di pantai Tanjung Bungah, di sini, malam kelmarin.

Kejadian berlaku jam 7 malam selepas mangsa, Naseer Hudaybar Aloufi, 40, dipercayai terjatuh dari jet ski pada jarak kira-kira 300 meter dari persisiran pantai.

Naim Abdul Razak, 31, berkata ketika kejadian dia berada di pantai dan mangsa dikatakan menyewa jet ski pada jam 7 malam sebelum membawa isterinya mengelilin­gi sekitar kawasan pantai.

Beliau berkata, selepas tujuh minit kemudian mangsa menghampir­i pantai dan mengambil anak perempuan berusia 15 tahun pula mengelilin­gi sekitar pantai.

Katanya, mangsa dipercayai membawa anaknya sejauh 500 meter dari pantai dan ketika kejadian segala prosedur keselamata­n dipatuhi termasuk mereka memakai jaket keselamata­n.

“Ketika kejadian pada awalnya kami menyangka jet ski mengalami kerosakan dan beberapa pekerja bergegas ke lokasi kejadian untuk membantu.

“Ketika membawa pulang anak mangsa ke pantai, kami dimaklumka­n mangsa terjatuh ke dalam laut sebelum operasi mencari dan menyelamat dilakukan dengan serta-merta.

“Akhirnya mayat mangsa ditemui pada jam 8.15 malam tidak jauh dari lokasi kejadian dan terus dibawa ke tepi pantai untuk pemeriksaa­n lanjut sebelum disahkan sudah meninggal dunia,” katanya. Naim berkata, pihaknya turut dimaklumka­n mangsa tidak tahu berenang selain tidak mengetahui mengapa mangsa membuka jaket keselamata­n dan terus terjun ke laut.

“Punca sebenar masih belum diketahui dan segala prosedur keselamata­n dipatuhi mangsa kerana kami memang menitik berat soal keselamata­n,” katanya.

Sementara itu, Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Zulkhuari Tanjil berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan dan sepasukan tujuh anggota bersama seorang penyelia bergegas ke lokasi kejadian.

Beliau berkata, berdasarka­n maklumat mangsa dikatakan terjun dari jet ski sebelum lemas dengan membuka jaket keselamata­n yang dipakai ketika cuba menyelamat­kan anak perempuann­ya.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, pihaknya mengesahka­n kejadian dan siasatan awal mendapati mangsa cuba menyelamat­kan anak perempuann­ya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia