Harian Metro

Diarah pulang periksa kesihatan kandungan

-

Dungun: “Saya terpaksa pulang demi keselamata­n kandungan ini,” kata Siti Nur Suhada Hanafi, 23, isteri kepada seorang nelayan yang masih hilang selepas diarah pulang oleh pihak perubatan untuk menjalani pemeriksaa­n kesihatan bayinya, semalam.

Menurutnya, dia menerima panggilan daripada doktor di Klinik Kesihatan Besut yang memintanya pulang bagi menjalani pemeriksaa­n kandungann­ya yang kini sudah tujuh bulan.

“Semalam (kelmarin) merupakan tarikh temujanji saya dengan doktor di Klinik Kesihatan Besut tetapi saya tidak pulang kerana mahu tunggu hingga suami yang hilang di laut ditemui.

“Saya juga lupa membawa buku rekod kesihatan ibu dan bayi, kalau tidak mungkin saya boleh menjalani pemeriksaa­n kandungan di Klinik Kesihatan Dungun,” katanya.

Siti Nur Suhada adalah isteri kepada Che Afendi Che Ismail, 34, yang masih hilang selepas bot gentian kaca yang dinaikinya bersama empat lagi rakan terbalik selepas dipukul ombak dalam kejadian jam 10 malam Rabu lalu.

Dalam kejadian itu, lima nelayan tercampak ke laut selepas bot gentian kaca yang dinaiki mereka terbalik dipukul ombak ketika cuba memasuki muara di kawasan terbabit.

Selain Che Afendi, Mohamad Zawawi dan Abdul Wahab, seorang lagi nelayan Mohd Nazri Yaccob, 37, juga hilang tetapi mayatnya ditemui terapung pada pagi Jumaat lalu kira-kira 300 meter dari lokasi kejadian.

Saya tidak pulang kerana mahu tunggu suami ditemui”

Siti Nur Suhada

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia